Have you done your prayer?

Tuesday, September 01, 2015

Interview di Boon-Siew Honda

Assalamualaikum dan hai semua.

Apa khabar? Moga-moga semua dalam keadaan sejahtera ye.


Jadi untuk post kali ini, aku nak ceritakan bagaimana pengalaman interview di Boon-Siew Honda Pulau Pinang. So check it out~

Sebelum kita melangkah lebih jauh ke hari interview, meh aku intro sikit pasal kompeni yang panggil aku interview ni. Secara asasnya, Boon-Siew Honda adalah pembuat dan pengedar rasmi bagi motosikal-motosikal Honda kat Malaysia ni. Sejarah dia bermula apabila Mendiang Boon Siew telah membuat perjanjian dengan Mr. Honda dari Jepun untuk menjadi satu-satunya pengedar motosikal Honda kat Tanah Melayu. Time tu laa mulanya era moto kapcai ataupun nama rasminya EX5.

Kilang dan ofis Boon-Siew Honda kat Penang ni terletak di Batu Kawan, atau lebih spesifiknya Kawasan Perindustrian Batu Kawan. Kawasan ni baru jaa nak membangun sebagai kawasan industri terbaru selepas Bayan Lepas. Jadi kalau p kawasan ni pada waktu sekarang, boleh tengok laa yang pembangunan kilang-kilang lain sedang giat dijalankan. Dalam erti kata yang lain, Boon-Siew Honda ni antara yang terawal bertapak kat sini.


Aku apply untuk Boon-Siew Honda ni dekat website dia (boleh klik kat sini) dan tanpa diduga selepas seminggu lebih, aku ditawarkan untuk menghadiri interview untuk jawatan Production Engineer. Memandangkan ni interview pertama aku sejak graduasi (walaupun dah hantar berpuluh application), jadi preparation tu masih tak sampai tahap yang boleh diterima. Tak mau cakap banyak pasal aku, aku nak cerita macam mana proses interview dia pulak.

Aku punya interview pukul 2 so aku smpai tu, memang tengah panas terik laa ditambah dengan padang jarak padang terkukur kat situ. Berbekalkan peta yang diberi (dan dah buat tinjauan sehari sebelum), aku sampai kat Boon-Siew Honda Penang. Masuk tu, jangan risau, anda terus je ke kawasan parking dan park kenderaan anda, dan sebelum masuk ke ofis, sila bagi detail kat pak gad/ mak gad dan ambil pas pelawat.

Masuk je ke dalam lobi, dah terpampang semua jenis motor keluaran honda. (Serius, depa park kat lobi!!) Ada jugak statue Mr Boon Siew ngan Mr Honda tengah bersalaman

Ok laa.. dah panjang cerita pasal perjalanan je, meh aku cerita macam mana interview dia pulak. Basically, aku diberitahu yang proses interview akan dimulakan dengan "Mathematic Test", then baru interview face to face.

So lepas dah sampai situ, baru aku tau apakah di sebalik "Mathematic Test" tersebut. Basically, calon-calon akan ditempatkan dalam sebuah meeting room (tapi duduk jauh2 laa) dan akan disediakan satu kertas (lebih kurang panjang macam exam zaman dinasti china dulu) dan sebatang pensel. Then, calon boleh turn over kertas tu dan membuat muka pelik dan tak percaya (ok, ni bukan arahan dia tapi memang semua orang akan jadi macam ni.. haha)

Dekat kertas tu ada beratus ke beribu nombor yang kami tak tahu untuk apa. Tapi setelah dijelaskan HR, baru kami faham. Basically, the test will need you to add all the numbers up. Untuk lebih penjelasan, meh aku bagi contoh. Contohnya, nombor yang diberi seperti dibawah.


Then you need to add the number that is beside each other and write the answer between the numbers (refer figure below)


haa.. so macam tu je laa sebenarnya. tapi cabarannya ialah nombor yang diberi bukanlah tiga nombor macam kat atas ni. Nombor2 yang diberi adalah seperti berikut:

Calon akan diberi masa selama seminit untuk siapkan setiap satu row, continuously. Maksudnya, Minit 1, buat row 1, bila dah habis masa, HR akan cakap next, so kena proceed dengan row 2 dan buat dalam masa seminit jugak, dan macam tu laa jugak untuk row2 seterusnya. Ada lebih kurang 32 row kot kalau tak salah (termasuk 3 untuk latihan). And ada rehat 5 minit antara minit 15 dan 16 (lebih kurang, tak ingat dah.. haha). Aku tak pasti ujian ni saja utk test IQ atau saja nak tgk kesungguhan kita menjawab soalan tu tapi memang menguji gak laa tengok nombor banyak2 ni. Berpinar2 mata jadinya.

Setelah habis ujian matematik, akan dijalankan interview face to face pulak. Giliran aku adalah kedua terakhir so agak lama jugak laa nak tunggu. Sempat jugak aku singgah surau untuk solat Zohor. Nak p surau ni kena lalu bahagian dalam production so sempat laa aku melawat sikit kawasan "bakal tempat kerja" aku.


Ok, berbalik kepada interview, apabila tiba giliran aku, aku masuk ke dalam bilik meeting tadi yg dah sedia ada 2 orang menunggu kat dalam. Aku agak sorang tu mungkin manager yang nak hire and yg lagi satu adalah HR. Soalan depa banyak berkisar tentang pengetahuan tentang Boon Siew Honda, engineering, dan jugak pengalaman bekerja sebelum ni. Tapi macam biasa, dia akan tanya kenapa  kami perlu ambil kita dan apa lebihnya kita dari orang lain.


Dengar macam interview aku lancar je kan tapi sebenarnya aku gugup dan rasa banyak jawapan yang tak sepatutnya aku bagi. First interview laa katakan. Lepas interview, aku berjalan dengan perasaan agak malu ke arah pak gad disebabkan interview memalukan tadi dan beri semula pas pelawat yg diberi pada awal tadi and naik keta balik rumah. So as expected, aku xdapat laa position tu tapi interview ni banyak bagi pelajaran dan pengajaran kepada aku, Untuk interview2 lepas tu xdak laa aku ulang dah kesilapan aku tu. Orang kata belajar dari kesilapan kan.

Haa itulah serba sedikit pengalaman aku interview aku kat syarikat Boon-Siew Honda. Yang mana baik, kita jadikan pedoman, yang mana buruk, kita jadikan pengajaran.

P/S: Aku xdapat provide gambar yang aku amek time interview tu sebab laptop kena virus. :(
So gambar2 yang aku letak dalam ni aku amek dari Google dan bukan hak milik aku ye.

Sekian.

Wednesday, July 22, 2015

Selamat Kembali

Bismillah..

FUHH !! FUHH !! FUHH!!

UHUK UHUK~

Berhabuk teruk blog aku ni. Last update November 2012. Lani Julai 2015. Dekat tiga taon jugak. Haha. Ouh, terlupa pulak.

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera kepada pembaca semua (ada lagi ka yang dok jengok blog ni?). Mintak maaf kerana sudah bertahun tidak ada update kat blog ni. Barangkali semua pembaca juga sudah lari membuat hal masing-masing. Biasalah hidup belajar ni bukan sepanjang masa ada masa nak berblog malah boleh kata susah nak ada masa free untuk masa lain (Bajet busy budak sorang ni..kikiki).

Tengok balik kepada post2 lama aku, sememangnya banyak perubahan dalaman dan luaran (Dah gemuk laa tu.. :( ) yang berlaku kepada diri aku. Tengok gaya penulisan pun berbeza, apatah lagi isi dan kandungannya. Kandungan kali ni mungkin lebih kepada berbahasa Melayu (bahasa pasar je pun.. bajet) daripada bahasa Inggeris kerana kekurangan latihan mengarang sejak masuk zaman post-school ni. (Amazing gak tengok aku boleh karang baik punya Inggeris dalam salah satu post aku yang lama)

Aku pun start berblog balik ni pun sebab aku dah ada sedikit masa lapang sekarang (ALHAMDULILLAH!! Akhirnya!!) dan berkemungkinan besar tak lama pun aku ada masa lapang ni. Jadi dalam jangka masa yang pendek ni akan aku usahakan untuk mengesharekan sebanyak mungkin yang boleh, cerita-cerita, pengalaman-pengalaman, tips-tips, dan hadiah misteri* kepada anda semua (Amboi, dengaq kata ada hadiah misteri terus terbeliak mata.. haha)

So Stay Tuned.
Kalau boleh bawak penyapu, penyodok, mop semua untuk tolong kemas blog ni.

Sekian.

*Tertakluk kepada taraf dan darjat pembodekan peserta terma dan syarat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...