Have you done your prayer?

Wednesday, July 22, 2015

Selamat Kembali

Bismillah..

FUHH !! FUHH !! FUHH!!

UHUK UHUK~

Berhabuk teruk blog aku ni. Last update November 2012. Lani Julai 2015. Dekat tiga taon jugak. Haha. Ouh, terlupa pulak.

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera kepada pembaca semua (ada lagi ka yang dok jengok blog ni?). Mintak maaf kerana sudah bertahun tidak ada update kat blog ni. Barangkali semua pembaca juga sudah lari membuat hal masing-masing. Biasalah hidup belajar ni bukan sepanjang masa ada masa nak berblog malah boleh kata susah nak ada masa free untuk masa lain (Bajet busy budak sorang ni..kikiki).

Tengok balik kepada post2 lama aku, sememangnya banyak perubahan dalaman dan luaran (Dah gemuk laa tu.. :( ) yang berlaku kepada diri aku. Tengok gaya penulisan pun berbeza, apatah lagi isi dan kandungannya. Kandungan kali ni mungkin lebih kepada berbahasa Melayu (bahasa pasar je pun.. bajet) daripada bahasa Inggeris kerana kekurangan latihan mengarang sejak masuk zaman post-school ni. (Amazing gak tengok aku boleh karang baik punya Inggeris dalam salah satu post aku yang lama)

Aku pun start berblog balik ni pun sebab aku dah ada sedikit masa lapang sekarang (ALHAMDULILLAH!! Akhirnya!!) dan berkemungkinan besar tak lama pun aku ada masa lapang ni. Jadi dalam jangka masa yang pendek ni akan aku usahakan untuk mengesharekan sebanyak mungkin yang boleh, cerita-cerita, pengalaman-pengalaman, tips-tips, dan hadiah misteri* kepada anda semua (Amboi, dengaq kata ada hadiah misteri terus terbeliak mata.. haha)

So Stay Tuned.
Kalau boleh bawak penyapu, penyodok, mop semua untuk tolong kemas blog ni.

Sekian.

*Tertakluk kepada taraf dan darjat pembodekan peserta terma dan syarat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...