Have you done your prayer?

Sunday, April 18, 2010

Pengalaman Interview TNB....

Assalamualaikum....
Selamat bertemu kembali.....
Kali ni saya nak bercerita tentang pengalaman interview first ever selepas interview (Bukan interbiu TV yer). My 1st ever interbiu was in my form 5. Interbiu Kadet Polis. Berjaya la jugak yang tuh dapat Koperal. Tapi citer utama dia kat sini pasal interbiu Yayasan Tenaga Nasional untuk Program Luar Negara. Nilah tawaran temuduga interbiu pertama saya. So the story goes like this.....

26 Mac - Pagi tu aku bukak facebook macam biasa. Dah nama pun cuti, ni la kerja aku. Sambil2 tuh, ada la aku bukak sebsite lain tapi tak boleh dinyatakan di sini. Sedang melayari FB, aku tetiba terbaca yang tawaran temuduga Yayasan Tenaga Nasional dah keluar. So aku check list, dan terkejut + gembira gila time tuh. Aku dapat! Tapi sayangnya adik kembar aku tak dapt pulak. Aku cuba tanya kengkawan lain tapi last2 Walat ngan aku ja yang dapat. Bertuah gila sebab 354 orang ja yang dapat.
So aku pun mula la sibuk menyiapkan semua dokumen yang diperlukan. Punya la kalut sebab aku interview Isnin 29 Mac. Walat dapat lambat lagi. Belum interview dah kena pressure. Ye la, TNB nih mintak macam2 pulak. Siap kena marah ngan kalut dok buat macam2. Tak payah la cerita panjang2. So jump to the day.

29 Mac - Pagi tuh,aku bangun awal kerana hari ni merupakan hari merah bagiku (Translet dari Red Day=Important Day). Hari ni aku kena pegi interbiu yang serius buat kali pertama. Semalam pon aku tidor awal. So pagi nih bangun awal sket untuk siap2 apa yg xsiap lagi. Aku pon dapat tau dalam 2,3 hari lepas. Pasal TNB pon aku tak baca lagi. Aku dok relax ja banyak sebelum tuh sebab aku ingat interview nih tak payah la prepare banyak2 sangat. Aku pun dah practice ngan kak aku.

So, pukul 12.30 tgh aku pon bertolak ngan dreba pak aku. Mak aku suruh pergi awal, takut kalut. So sesampainya kat sana dah pukul 1.30 ptg tapi consider as awal la. Orang lain tak datang lagi pon. Aku terjumpa kawan Jazmi kat depan bangunan yayasan tuh. Sempat la ambil beberapa pedoman untuk interview satgi. Sesampai depan pejabat, aku cuba tolak pintu cermin tuh tapi tak boleh. Rupa-rupanya ada lock auto belah dalam. So orang kat dalam tuh tolong bukak kat aku. Malu gila sebab tolak2 pintu cam orang bodoh pulak.

Masuk2, kaunter kosong. Aku pun pusing2 kat kerusi yang tersusun tuh sebab tak tahu nak buat pa. Aku dah la nervous, jadik macam nih pulak. Ada 2-3 budak kat situ tengok aku pelik sebab pusing macam orang gila. Aku tanya kat budak2 tuh, register kat mna? Budak2 tu tunjuk kat meja belah hujung tu tapi tak da orang pon aku tengok. Rupa2nya budak2 tu sesi pagi. Tak habis lagi. Aku ni pulak terlebih awal. So, aku tunggu la sampai kol 2.15 ptg camtu baru start pendaftaran. Aku bagi la semua dokumen yang dimintak.

Time duduk tu, sempat la berkenalan ngan sorang budak cina tapi aku dah lupa nama. Sebab lama sangat tunggu habis pendaftaran, aku pergi solat dulu. Habis ja solat, terus kena masuk bilik menunggu. Kat situ ada la sorang buat briefing. Bagitau sal TNB, program yang ditawarkan, tips2 interview, dan sembang2. Nasib baik kak tu ramah tapi semua still nervous.


Aku group pertama sebab aku register awal (gatal mai awal sangat). Sekali masuk 6 orang. Masuk bilik tuh, ada 5 orang panel, 2 laki, 3 perempuan. Ketua dia laki tapi ramah ja. Aku orang ke5 dalam group tuh. Mula-mula sesi perkenal diri. Cakap pasal, nama,tempat tinggal, sekolah, mak bapak, adik beradik, dan aktiviti kokurikulum untuk men'jual' diri. Turn aku, aku cakap gagap gila tapi sempat cakap semua yang dipraktiskan.

Sesi 2, soalan dia berbunyi, "OK, tell us what do you know about us, TNB." Ada sorang cina tuh, rasanya tak tau pa kot so dengan poyonya dia story sal nenek dia yang dapat bil yang mahal tiap2 bulan kat orang yang mai check meter tu. Aku pun ketar punya pasal, ingat beberapa fakta ja la. Baca pun last minute, mana nak ingat semua.

Sesi 3, sesi debate. Panel bahagi 3 propose dan 3 oppose. 5 minit fikir dan 5 minit cakap. Debate nih cakap ikot turn so macam just bagitau idea kita. Tak da debate pon. Time ni aku pakar la. Mad Jiwa Ex-5th debater la katakan. Cakap panjang sampai sorang panel tu kena bunyi loceng. Dah habis, semua keluar. Aik, macam tu je the end? Tu la, duduk dalam tuh rasa lama tapi tak lama mana pun. Up to 30 minutes la.
Budak2 kat waiting room tuh semua serbu kami ber6 tanya macam mana. Aku pun bagitau la cina yang aku kenal tadi tuh tips2 dia. Pastu aku keluar dan driver sampai, aku terus belah la. Time interview tadi sempat la jugak jumpa sorang mamat nih nama Khir, budak sekolah agama. Sembang panjang la jugak ngan dia. Memandangkan ni interview pertama, so rasanya tak berapa ok la keseluruhannya. Kalau dapat, bersyukur gila.

Balik2 tuh, aku check JPA pulak. Alhamdulillah, dapat! Ramai la jugak kawan aku dapat. Khairi, Talhah, Afiq, Saufi dan lain2 lagi. So lepas ni cerita pasal JPA la pulak......

Thursday, April 01, 2010

AJ Top 25 (Week 2)

AJ Top 25 (Week 2)

1. All The Right Moves - One Republic (NM)
2. Whataya Want From Me - Adam Lambert (U5)
3. Run This Town - Jay-Z feat. Rihanna & Kanye West (U2)
4. Live Like We're Dying - Kris Allen (U11)
5. Party In The USA - Miley Cyrus (D2)
6. Russian Roulette - Rihanna (D2)

7. Fifteen - Taylor Swift (D5)
8. Trouble Is A Friend - Lenka (NM)
9. Watcha Say - Jason Derulo (U3)
10. Today Was A Fairytale - Taylor Swift (U10)
11. Life After You - Daughtry (U8)
12. Fallin' For You - Colbie Caillat (U4)



13. Sweet Dreams - Beyonce (NM)
14. Bad Romance - Lady Gaga (NM)
15. Waking Up In Vegas - Katy Perry (D9)
16. Meet Me Halfway - Black Eyed Peas (D7)
17. Empire State Of Mind - Jay-Z feat. Alicia Keys (U5)
18. Tik Tok - Ke$ha (U1)
19. Telephone - Lady Gaga feat. Beyonce (D9)
20. You Belong With Me - Taylor Swift (D9)
21. According To You - Orianthi (N)
22. Sexy Chick - Akon & David Guetta (U2)
23. Two Is Better Than One - Boys Like Girls feat. Taylor Swift (D6)
24. Replay - Iyaz (U1)
25. Down -
Watch Out. Imma Be - Black Eyed Peas
Out. Already Gone - Kelly Clarkson (21)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...