Have you done your prayer?

Wednesday, July 11, 2012

Perlaksanaan Islam? Bagaimana?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam kelas Pendidikan Agama Islam (PAI) kat sekolah dulu / Islamic Studies (IS) kat u, ada gak kita dok dengaq pasal kesan2 implementation Islam dalam masyarakat sekeliling. Aku pernah terpikir gak pasal benda nih. Camna zaman Rasulullah dulu, orang bukan Islam boleh hidup dalam persekitaran Islam dengan aman. Macam kat Mekah ngan Madinah, ada je org bukan Islam (tak pasti pulak agama mana) yg hidup kat situ. Maksudnya di sini, diorg tak de keluarkan atau debatkan isu2 sensitif berkaitan Islam. 

Macam kalau zaman sekarang nih, baru je bagi cadangan nak buat something berdasarkan Islam, terus ramai yang melatah. Yang Islam pun, ada jugak yang melatah. Kata mana hak sama rata la, tak sesuai dengan peredaran zaman la, bla bla bla..

Pikir punya pikir, Alhamdulillah, dapat gak ilham sikit pasal benda nih. Ok, aku ambik satu contoh. Kalau zaman Rasulullah tuh, orang Islam semua memberi salam bila bertemu dan berpisah. Bayangkan kau dalam perjalanan ke kelas, tetiba nampak ramai je bagi salam sambil senyum walaupun tak kenal sesama sendiri. Korang mesti rasa, pergh, ni orang mana nih. Kalau aku one of them mesti aku ada ramai kenalan cam tuh jugak.

Tengah jalan, tetiba ramai bagi senyuman dan salam kat anda.
Perasaan anda?

Maksudnya di sini, bila saling memberi salam tuh, hubungan kita ngan orang Islam nih akan terbina secara automatiknya. Bila tetiba ada keja event ke assignment group ke yg skali dengan dia, kita mesti rasa senang je nak berbincang dan berborak dengan dia.

Satu lagi, bila ada orang bagi salam kat kita, kita akan rasa macam dihargai. Kita tak kenal dia, dia tak kenal dia. Tapi dia boleh hargai dan hormat kita sesama agama. Siapa tak rasa gembira kalau setiap hari rasa dihargai. Mesti positif je hari2 kita kan.

So kita letak orang non-Muslim nih kat tempat kita tadi yang tengah on the way ke kelas. Diorang mesti tertarik dengan Islam bila tengok camtuh. So mula la nak kenal2 dengan Islam, nak belajar pasal Islam. Dan dengan izin Allah, diorang akan memeluk agama Islam. Kalau tak peluk Islam pun, at least, diorang akan take us as example to their daily life. Diorang akan hormat kita bila berbicara dan bersosial. Maka tak keluar la isu2 sensitif, sebagai contoh Hudud.


Kesimpulannya, benda nih kena start ngan diri kita dulu. Panduan dan tatacara telah diberi oleh Allah. Dah diberi tunjuk ajar oleh Rasulullah SAW. Cuma tinggal, sama ada kita nak buat ke tak. 


Islam itu Indah, maka tunjuklah pada dunia Islam Itu Indah.


Sekian.

P/S: Digalakkan share. Hadis Rasulullah, "Sampaikanlah Dariku walau hanya satu Ayat" (HR Bukhari)

Sunday, November 27, 2011

Oh, Malaysia!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pertama sekali, sila hayati situasi kat bawah.

Situasi 1
A: Penipu ni memang nak kena bantai. dah berapa kali dah aku tegoq, tak dak perubahan jugak!
B: Jangan la macam tu A, dia dah tolong mak dia juai kueh, jaga adek2 dia, tolong basuh tandas rumah, tolong potong rumput depan rumah.
A: Haa... teruskanlah manjakan dia. Sampai orang nak tegoq salah pon xboleh.

Situasi 2
A: Awat la dia ni xreti sangat. tiap2 ari dok buat keja ni pon, xboleh nak improve ka? Kata dapat degree dari UM. Takkan tak reti2 lagi kot.
B: Hang jangan la dok cakap macam tu kat dia. at least dia dah cuba. cuba try hang yang buat. lagi teruk lagi ada la.
A: Aku memang la buat lagi teruk sebab aku ni Engineer tapi dia tu doktor! Patotnya dia lagi tau apa yang dia buat dari aku!

Haha. pernah alami perkara di atas? Kalau tak pernah pon, baca ja la post ni. Aku nak tuju benda ni sebenaqnya kat pasukan bola sepak U23 Malaysia. Malaysia baru ja tewas kepada Bahrain 2-3 dalam Kelayakan Olimpik 2012.

Sebenaqnya, aku ni memang peminat bola sepak, tambah-tambah kalau Malaysia. Apa yang aku tengok, Malaysia dah semakin maju dalam bola sepak kalau nak compare dengan 10 taon yg lepas. Alhamdulillah, Malaysia berjaya lepas ke pusingan ke4 & terakhir kelayakan Olimpik 2012. Namun, berdasarkan persembahan Malaysia di Sukan Sea dan kelayakan Olimpik  baru-baru ini, aku nak kata yang Malaysia still banyak perlu improve. Jangan dok bangga sangat dengan prestasi semasa.

Pendapat aku, Malaysia lani satu level atas sikit dari Malaysia yang dulu tapi takkan la nak dok kat level tu ja dan tunggu untuk masa kejatuhan balik? Dah ada peluang ni, gunakan la sehabis baik. Kan dah kena tunggu 4 taon lg. Tak mau nak panjang2, aku nak tulis sikit kat bawah ni pendapat aku tentang perubahan yang pasukan Malaysia patot lakukan.

Attacking
-Fakri perlukan latihan finishing yang banyak.
-Thamil perlukan banyak lagi latihan dan pendedahan.
-Syahrul perlu practice finishing gak tapi ada peluang untuk menyinar. Sesuai main wing.
-Izzaq injured panjang pulak. Kena cari pengganti dia cepat.

Midfield
-Wan Zack still bergelut dengan kecederaan dan kecergasan. Rasanya perlu latih balik skill2 dia sebab semakin malap plak dia kat tengah padang akhir-akhir ini.
-Nazmi perlukan banyak pendedahan untuk menjadikan dia betul2 pemain yang berkaliber.
-Fandi kena practice bawak bola. Banyak bola dia dapat dibaca lawan.
-Irfan Fazail dah okay cuma kena practice nak buat skill supaya dapat lepas lawan.

Defender (Generally sebab memang semua buat salah sama)
-paling banyak kena improve. banyak buat kesalahan mudah. Apek pon nampak cam letih dok kena selamatkan bola mudah byak. tapi kalo nak harap kat dia sorang mmg xble r. Praktis passing, jangan gugup, dan nak long pass kat penyerang.

Apa-apa pon, aku tak dapat menyembunyikan kegembiraan aku dengan pencapaian Malaysia setakat ini. Mungkin belum masanya, tapi jangan hanya di takuk yang sama saja. Perlukan perubahan. Dan kepada peminat, teruskan menyokong pasukan Malaysia. Tanpa anda, Malaysia mungkin tidak berada pada tahap sekarang.

TAHNIAH MALAYSIA!

MALAYSIA BOLEH!


P/S: Oh, Malaysia! bukan Oh! Malaysia.

Friday, September 09, 2011

Test untuk Teman Sejati

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


     Anda yang sedang membaca tu. Ya, awaklah! Sepanjang hidup anda, pasti anda ada rakan baik atau lebih dikenali sebagai teman sejati. Di mana dia ada, di situ anda ada. Kalau anda tak ada rakan yang bagai isi dengan kulit tu, memang anda ni seorang yang pelik.

Tetapi benarkah anda rakan baik
teman sejati kepada rakan anda itu?

Jika anda boleh menjawab soalan-soalan di bawah dengan YES yang jujur, anda memang teman sejati.


Apakah soalan-soalannya?  
Sila lihat di bawah.

Would you care for me,
If I was ever lied?
Would you hear my voice,
If I was always quiet?
Would you hold my hand,
If I was going to fall?
Would you cry for me?
Would you know my name at all?
Amacam? Ada soalan tak lepas ke? Kalau still semua YES, sambung menjawab kat bawah ni.

Would you be there,
If I was on the ground?
Would you be my friend,
If no one was around?
Would you hold me close,
If I was in the cold?
Would you pray for me?
Would you know my name at all?

Hah! Kenapa? Terperangkap? Teruskan menjawab jika anda masih boleh menjawab YES dengan yakin!

Would you care?
Would you be there,
For the soul behind the face?
Would you love me,
For what I am?

Betul ke jawapan anda tu? Anda jujur? Untuk kepastian, sila jawab soalan di bawah ini dengan JUJUR!

Would you care?
Would you be there,
For the soul behind the face?
Would you love me,
For what I am?

Amacam? Lepas? Kalau anda lepas,
TAHNIAH!
Anda memang teman sejati!

Jika tidak, silalah berubah. Nanti dah tak ada kawan, baru nak sedar diri.
Bak kata pepatah, Berkawan biar beribu, bercinta biar satu.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud:
"Seseorang insan akan terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya.
Maka hendaklah kamu melihat siapa kamu bersahabat."

(Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)
Dipetik daripada Soul Behind The Face - Scorpions
Untuk lirik penuh, klik di sini.

Saturday, July 16, 2011

Sedih? Kecewa?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” 
(Surah Al-Baqarah Ayat 216)

Assalamualaikum
Pada post kali ini, saya mulakan dengan sepotong ayat daripada al-Quran. Pada tahun ini, banyak benda yang berlaku terhadap diri saya ini. Ada yang baik, ada yang buruk. Orang kata, yang baik, jadi pembakar semangat, yang buruk jadi teladan dan pedoman. Kadang, kita tak dapat apa yang kita nak. Dan selalunya membuatkan kita kecewa dan mungkin juga bersedih. Tambahan pula, apa yang kita nak adalah apa yang kita idam-idamkan selama ini.

Jika benda ini berlaku, bolehlah kita saling mengingati ayat di atas. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Dan Allah amatlah sayang kepada hamba-hambanya. Tidak mungkin Dia memberikan sesuatu atau menjadikan sesuatu untuk kita untuk menjadikan kita insan yang lebih teruk.

Dalam sebuah hadits Qudsi, Allah SWT berfirman :  
“Pergilah kepada hamba-Ku, lalu timpakanlah berbagai ujian kepadanya, karena Aku ingin mendengarkan rintihannya.” 
(HR Thabrani dari Abu Umamah) 

Oleh itu, kita perlulah positif setiap kali berlakunya musibah terhadap diri kita. Dekatkan diri kita balik kepada Allah. Mungkin kita terlalu leka dengan dunia dan Allah nak mengingatkan kita kembali. Saya pun mula menyedarinya kembali setelah musibah demi musibah berlaku pada diri ini dalam masa yang terdekat ini. So, sebagai seorang muslim, perlulah kita saling mengingati antara satu sama lain. Semoga segala usaha kita dilihat oleh Allah. Amin~

Wednesday, June 15, 2011

Dedicated to Adha

Adha, Shahril & Fakhrul
   Assalamualaikum. Post ini ditujukan khas kepada abg senior saya, Allahyarham Mohd Adhamerudin Omar. Dia baru meninggal pada pagi ini (Rabu, 15/6/11) kerana lemas di Sungai Pasir Kemudi, Sungai Lembing, Pahang. Hari Rabu memang hari yang pack untuk aku walaupun rata-rata pelajar utp free pada hari ni. Tapi still ada gap antara kelas. So lepas klas Circuit Theory, lebih kurang pukul 1++, aku pun balik ke bilik. Ingat nak buat kerja Academic Writing yang tak siap lagi (petang tu nak check) tp macam besa, aku clearkan facebook ngan gmail dulu. Kot2 ada berita penting. Dan tengahari tadi, memang ada berita penting pun. Tersentak aku bila baca post kawan aku kat FB kata abg Adha dah meninggal dunia. Tambah disebabkan lemas. Tapi Alhamdulillah dia sempat menunaikan solat Subuh pada pagi tadi.
  
   Sejarah aku dengan dia, macam budak2 batch aku yang lain gak, banyak gak tapi event2 penting je la ada kat dalam ingatan aku. Tapi sememangnya dia seorang yang baik dan seorang senior yang direspek oleh kebanyakan junior. Paling aku ingat, time camping form 1 la. Nak cerita kat sini pun macam tak terkata. Tapi rasanya ada kenangan lebih sikit aku ngan dia. Dia rapat sikit la ngan dia.

   So bila dapat tau dia meninggal, nak je menangis tapi tak pa, aku redha dengan pemergian dia. Allah lebih menyayangi dia. Ajal maut, jodoh pertemuan semua di tangan-Nya yang lebih berkuasa. Sebagai hambaNya, kita perlu percaya kepada Qada' dan QadarNya. Setiap yang hidup pasti akan mati. Kita cuma perlu bersedia untuk menghadapNya pada bila-bila masa saja.

   Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan semoga aku dan dia dipertemukan di syurga di akhirat kelak, InsyaAllah.
Lagu ini ditujukan khas kepada Mohd Adhamerudin Omar :


FB profile Adha

Ada jugak keluar buletin utama tadi. Rasa sedih masih menyelubungi diri. ="(

Berita pasal pemergian Adhamerudin :
MStar
MyNewsHub

Sunday, May 01, 2011

Thomas Edison and Friends

Assalamualaikum and hi.

   First question of the day. Do you know Thomas Edison? Yeah, blah, blah, blah... But do you know who his friend? Well, that question also I do not know the answer. Maybe I'll answer, Albert Einstein because they both very genius. Well, let's just focus to the point.


Thomas Edison

   Thomas Edison is the person who invent light bulb. He is the one who begin to lit up the world with modern candles. And millions of people are using the light nowadays, which it's going to be crazy if the whole world suddenly lost the light.

   In his journey to success, thousands and millions trials he had to go through. Isn't that incredible? But, how many guys who supported him when he failed again and again? Of course I don't know the answer too. However, it's surely less than people who supporting him after he succeed, and less than people who remember him now.

   The moral of the story of Thomas Edison, usually, don't give up and too achieve success, there's going to be hard work. But here I'm going to tell another lesson to be notice by others. The people surrounding also don't give up with the person.

Keep on supporting him.



   Nowadays, people often judge by first impression and only give at most 2 or 3 chances to others. Let me ask you, when a baby start try to talk, do they practice only once or twice to be able to talk? When the baby start try to walk, do they get fall only once or twice, then he/she be able to run? But one important thing that people will miss is how many supports that the parents give to the baby, especially mum.

   Even, the mum will always be the most couragable to see his child to be able to talk and walk, more than the baby. So guys, my beloved readers, would you do me a favour? When you see somebody is trying to do well in the class, or in sports, or in driving, or anywhere, please support and help him/her until he/she success in the particular thing. You'll feel more happy and satisfy when the person do success incredibly. If they are one of your friend, they'll more appreciate the friendship. =)

Saturday, April 30, 2011

Once Upon A Time

P/S : KALAU HABIS MALAS NAK BACA, TOLONG BACA PERENGGAN LAST SEKALI. =)

   Pagi tu,aku bangun dari tidur pukul 6.30 pagi,seperti kebiasaannya. Aku mandi dan solat Subuh sebelum bergerak ke sekolah bersama kak dan adik aku. Kami berjalan kaki ke sana yang terletak lebih kurang setengah kilometer. Kak aku seperti biasa akan merungut sikit kerana aku dan adik aku berjalan terlalu perlahan. Ye la, kami baru darjah 1, dia dah darjah 6. Mana ble nak catch up.

   Tiba di sekolah, macam budak-budak sekolah rendah masa tu, perhimpunan dan masuk kelas belajar. Rehat, sambung belajar, dan balik. Balik pulak, kadang jalan,kadang dengan Pak Cik Hussin, dan kadang Cikgu Zaharah Yahya (guru kelas aku ngan adik aku) bagi tumpang. Balik pulak, lepas makan tengahari yang mak aku buat pagi-pagi lagi, bukak tv,tengok cerita siam sat. Lepas tu, bukak buku, buat kerja sekolah. Kalau hari Rabu - Jumaat, pukul 3,dah kena siap nak ke kelas KAFA kat Surau Taman Senangan.

   Balik dari KAFA, selalu tunggu mak aku balik bawak makanan ka apa-apa ka. Masa tu pun, adik bongsu aku pun balik dari rumah penjaga dia, Pak Cik Hussin. Pastu tunggu pak aku pulak balik naik motor berkuasa tinggi. Time nak dekat maghrib, tengok ntv7 slalunya. Ada lagi rancangan menarik kat ntv7 masa tu. Malam pulak, tengok tv, lepak ngan family, buat kerja sekolah, tak pun, main ngan adik bongsu aku.

   Masa nak tidoq, sembang-sembang dengan adik kembaq aku. Kak aku selalu tidur awal so kami sembang pelan-pelan je la. Pastu bapak aku mai cerita macam-macam. Selalunya pasal kehidupan dia yang serba mencabar. Sekarang ni baru aku teringat bapak aku pun selalu cerita bedtime stories.

   Begitulah kehidupan aku suatu masa dahulu. Kenangan yang teringin sangat aku kembali dan kenangan yang takkan aku lupa. Mungin orang yang baca tak faham sebab ni pengalaman aku. So lepas baca ni, cuba ingat balik kenangan masing-masing suatu masa dulu ketika kita masih kecil. Adakah anda masih berhubung dengan mak bapak, family dan rakan-rakan lama anda.

"GET CONNECTED AND STAY CONNECTED"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...