Have you done your prayer?

Sunday, November 27, 2011

Oh, Malaysia!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pertama sekali, sila hayati situasi kat bawah.

Situasi 1
A: Penipu ni memang nak kena bantai. dah berapa kali dah aku tegoq, tak dak perubahan jugak!
B: Jangan la macam tu A, dia dah tolong mak dia juai kueh, jaga adek2 dia, tolong basuh tandas rumah, tolong potong rumput depan rumah.
A: Haa... teruskanlah manjakan dia. Sampai orang nak tegoq salah pon xboleh.

Situasi 2
A: Awat la dia ni xreti sangat. tiap2 ari dok buat keja ni pon, xboleh nak improve ka? Kata dapat degree dari UM. Takkan tak reti2 lagi kot.
B: Hang jangan la dok cakap macam tu kat dia. at least dia dah cuba. cuba try hang yang buat. lagi teruk lagi ada la.
A: Aku memang la buat lagi teruk sebab aku ni Engineer tapi dia tu doktor! Patotnya dia lagi tau apa yang dia buat dari aku!

Haha. pernah alami perkara di atas? Kalau tak pernah pon, baca ja la post ni. Aku nak tuju benda ni sebenaqnya kat pasukan bola sepak U23 Malaysia. Malaysia baru ja tewas kepada Bahrain 2-3 dalam Kelayakan Olimpik 2012.

Sebenaqnya, aku ni memang peminat bola sepak, tambah-tambah kalau Malaysia. Apa yang aku tengok, Malaysia dah semakin maju dalam bola sepak kalau nak compare dengan 10 taon yg lepas. Alhamdulillah, Malaysia berjaya lepas ke pusingan ke4 & terakhir kelayakan Olimpik 2012. Namun, berdasarkan persembahan Malaysia di Sukan Sea dan kelayakan Olimpik  baru-baru ini, aku nak kata yang Malaysia still banyak perlu improve. Jangan dok bangga sangat dengan prestasi semasa.

Pendapat aku, Malaysia lani satu level atas sikit dari Malaysia yang dulu tapi takkan la nak dok kat level tu ja dan tunggu untuk masa kejatuhan balik? Dah ada peluang ni, gunakan la sehabis baik. Kan dah kena tunggu 4 taon lg. Tak mau nak panjang2, aku nak tulis sikit kat bawah ni pendapat aku tentang perubahan yang pasukan Malaysia patot lakukan.

Attacking
-Fakri perlukan latihan finishing yang banyak.
-Thamil perlukan banyak lagi latihan dan pendedahan.
-Syahrul perlu practice finishing gak tapi ada peluang untuk menyinar. Sesuai main wing.
-Izzaq injured panjang pulak. Kena cari pengganti dia cepat.

Midfield
-Wan Zack still bergelut dengan kecederaan dan kecergasan. Rasanya perlu latih balik skill2 dia sebab semakin malap plak dia kat tengah padang akhir-akhir ini.
-Nazmi perlukan banyak pendedahan untuk menjadikan dia betul2 pemain yang berkaliber.
-Fandi kena practice bawak bola. Banyak bola dia dapat dibaca lawan.
-Irfan Fazail dah okay cuma kena practice nak buat skill supaya dapat lepas lawan.

Defender (Generally sebab memang semua buat salah sama)
-paling banyak kena improve. banyak buat kesalahan mudah. Apek pon nampak cam letih dok kena selamatkan bola mudah byak. tapi kalo nak harap kat dia sorang mmg xble r. Praktis passing, jangan gugup, dan nak long pass kat penyerang.

Apa-apa pon, aku tak dapat menyembunyikan kegembiraan aku dengan pencapaian Malaysia setakat ini. Mungkin belum masanya, tapi jangan hanya di takuk yang sama saja. Perlukan perubahan. Dan kepada peminat, teruskan menyokong pasukan Malaysia. Tanpa anda, Malaysia mungkin tidak berada pada tahap sekarang.

TAHNIAH MALAYSIA!

MALAYSIA BOLEH!


P/S: Oh, Malaysia! bukan Oh! Malaysia.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...