Have you done your prayer?

Friday, July 09, 2010

1-2-3 minggu nih....

Assalamualaikum....

Kali ni nak cerita pasal apa yang berlaku dalam 2-3 minggu ni. Dalam dua minggu ni ada 3 test iaitu Physics 1 (30-06-2010), Chemistry 1 (02-07-2010) dan jugak subjek favourite untuk sem ni Pre-Calculus (07-07-2010). Mula-mula Physics I dikira ok la tapi xtau la sejauh mana boleh score. Macam yang ramai orang kata, test 1 ni la peluang untuk kita score. Nak bagi pointer tinggi sikit. Nanti final xpayah nak bersusah payah. Alhamdulillah, apa yang distudy masuk dalam test. Selang dua hari ada Chemistry I plak. Soalan yang dijangkakan aku masuk tapi level of difficulty tu atas sikit la. Sikit je la. Tapi disebabkan faktor2 fizikal,mental, dan persekitaran, aku sempat study last minute. So xbrapa nak boleh jawab tapi redha je la. Hanya mampu tawakkal. Minggu depan pulak, test Pre-cal. Degree of difficulty tak seperti yang dijangka! Bukan susah lagi tapi bawah sikit tahap kesusahan dia. So alhamdulillah boleh la jawab. Walaupun ramai yang kata susah tapi aku hanya boleh tawakkal je la. Ada probability yang jalan kerja aku xditerima oleh Mr. Jale (lecture Pre-Cal).
Minggu ni jugak start cuti mid-sem selama seminggu. Menurut lecture Physics aku, Dr. Hana, masa ni la nak relaks sikit sebab sistem trimester telah membuatkan jadual budak foundation padat. Lepas 7minggu lecture, 1minggu cuti. Sambung 7minggu lecture, final exam,1minggu cuti. Masuk sem baru sama la jugak. So time ni la nak tenangkan fikiran sebab kalau time cuti ni study macam minggu yang ada lecture, silap2 boleh meletup kepala. Tak pun berasap sampai exhausted. Tapi lecture Physics I telah pun bercuti seminggu awal sebab Dr. Hana kena pergi ke Eropah untuk menyiapkan kerja2 terakhir sebelum melancarkan buku tulisannya mengenai Nanotechnology di Paris, Perancis.
Sebelum cuti jugak, selain melalui hari2 yang sibuk, kertas Chemistry Civil & EE Engineering telah pun siap disemak oleh Mr. Mohd. Faisal Taha. Keseluruhannya, pencapaian budak2 kelas dia memberangsangkan. 9 orang kot yang dapat 100%. Ada beberapa yang boleh dapat lebih 100 % tapi maximum 100 je.Sebabnya, Mr. Faisal akan bagi 4 markah kalau eja nama dia dengan betul. Pencapaian aku? Ok2 ja. Chemist aku xbrapa boleh so dapat C+ je.
Balik tadi naik keretapi secara 'rombongan'. Ada dalam 9 orang budak UTP dalam keretapi tu. Tapi yang naik kat Ipoh 7 orang dan Batu Gajah 2 orang. Yang pergi Ipoh naik bas yang penuh dengan budak2 PLKN 5 orang ja. 2 orang lagi tumpang orang. So agak best dan penagalaman baru ditambah dengan geng skali. Mana xbising train tu. So destinasi terakhir ialah KL Sentral. tu pun dah tinggal 6 orang. Singgah Burger King jap untuk makan malam, seramai 4 orang ja yang tinggal. So cuti ni xtau la apa yang akan terjadi. Mintak2 semuanya berjalan dengan lancar....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...