Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa yang diplan xbrapa nak menjadi tapi alhamdulillah ada la dlam 80% dpat....Plan apa?? Plan untuk masa depan. Sebetulnya plannya sepatutnya berjalan seperti yang berikut:
Pilihan 1 : JPA - Engineering - INTEC - US
Pilihan 2 : YTN - Engineering - UK/Kanada
Pilihan 3 : Petronas - Electrical and Electronic Engineering - UTP
Pilihan 4 : UPU - Asasi Sains Fizikal - UM
Pilihan 5 : Matrik - Jurusan Sains - KMPP
Setelah semua keputusan permohonan keluar, semua macam xberapa nak menjadi walaupun first2 nampak cam lancar ja...
Result first, Matrik. dapat KMK walaupun nak KMPP tapi xpa la. Ramai geng dapat sana. Beberapa hari lepas tuh dapat UM plak. Pasal UPU nih xkesah dapat mna tapi tetiba dapat UM ngan geng2 result gempak. Terkejut gak la sebab aku nih xstret n xdpat hac pon. tup2 dapat UM yang amat tinggi taraf dia. Ditambah ngan ramai geng so tetiba pilihan nih boleh mencabar pilihan ketiga dan kedua.
Sehari lepas tuh, aku check email dapat YTN pulak tapi bukan untuk oversea tapi kat UNITEN ja. Tawaran keluar sehari sebelum result UPU tapi just aku xcheck email. Walad pon xdpat walaupun yang UNITEN punya. So agak berbelah bahagi untuk UNITEN nih. Automatik pon UM kembali mencabar kedudukan UNITEN. Bukan sebab aku xboleh nak buat kawan baru tapi berdasarkan pengalaman aku, aku nih kena ada geng gak walaupun sorang. Nanti stadi kaco kena tendang plak.
Setelah berhari2 memikirkan dua pilihan ni + mintak pendapat orang lain, tiba la masa untuk pilihan ketiga keluar keputusan. Aku dapat. So ada 3 pilihan yang lebih kurang. Kalau nak amik petronas, kena daftar minggu depan so kena betul2 fikir masak2 dalam masa seminggu ni. Kalau ikutkan sehari dua ja sebab nak prepare barang2 ngan borang2 dia lagi.
Akhirnya aku membuat keputusan untuk ambik UTP atas nasihat abahku, familyku ngan kawan2ku. Terima kasih semua....Dijangkakan keputusan untuk pilihan pertama aku akan keluar seminggu lepas aku daftar UTP so aku set untuk stay utp untuk seminggu pastu berangkat ke intec.
Setelah berhari2 aku dalam Minggu Aluan Siswa(MAS) kat UTP ni ngan result JPA xkeluar2 aku sempat la berfikir kemungkinan2 yang mungkin akan berlaku. So sempat la muhasabah diri serba sikit. Hari jumaat lepas Solat Jumaat pukul 3 dah boleh check. Aku check lambat sikit sebab sibuk ngan MAS. Dengar kata ramai kawan2 aku xdapat tapi roommate aku dapat pulak. So lepas Asar time briefing pasal ITMEDIA aku check guna henset aku. Terpaksa la berkorban kredit sikit. Aku dengan kecewanya menerima keputusan bahawa aku xdpat.
Ditambah dengan ayat "Lebih menumpukan kepada bidang kritikal seperti Pergigian,Medic, ngan apa ntah". Aku dalam kekecewaan dalam 2-3 hari la jugak. Tapi sebab aku sempat muhasabah diri xda la melarat sampai berminggu2. Aku dapat menerima tapi still kecewa. So seperti yang dinyatakan pilihan kat atas, sebenarnya semua tetiba berubah. So we cannot predict the future. We must keep ready for anything in the future. Eventhough some that might very shock us but just prepare the best that we can.