Adha, Shahril & Fakhrul |
Assalamualaikum. Post ini ditujukan khas kepada abg senior saya, Allahyarham Mohd Adhamerudin Omar. Dia baru meninggal pada pagi ini (Rabu, 15/6/11) kerana lemas di Sungai Pasir Kemudi, Sungai Lembing, Pahang. Hari Rabu memang hari yang pack untuk aku walaupun rata-rata pelajar utp free pada hari ni. Tapi still ada gap antara kelas. So lepas klas Circuit Theory, lebih kurang pukul 1++, aku pun balik ke bilik. Ingat nak buat kerja Academic Writing yang tak siap lagi (petang tu nak check) tp macam besa, aku clearkan facebook ngan gmail dulu. Kot2 ada berita penting. Dan tengahari tadi, memang ada berita penting pun. Tersentak aku bila baca post kawan aku kat FB kata abg Adha dah meninggal dunia. Tambah disebabkan lemas. Tapi Alhamdulillah dia sempat menunaikan solat Subuh pada pagi tadi.
Sejarah aku dengan dia, macam budak2 batch aku yang lain gak, banyak gak tapi event2 penting je la ada kat dalam ingatan aku. Tapi sememangnya dia seorang yang baik dan seorang senior yang direspek oleh kebanyakan junior. Paling aku ingat, time camping form 1 la. Nak cerita kat sini pun macam tak terkata. Tapi rasanya ada kenangan lebih sikit aku ngan dia. Dia rapat sikit la ngan dia.
So bila dapat tau dia meninggal, nak je menangis tapi tak pa, aku redha dengan pemergian dia. Allah lebih menyayangi dia. Ajal maut, jodoh pertemuan semua di tangan-Nya yang lebih berkuasa. Sebagai hambaNya, kita perlu percaya kepada Qada' dan QadarNya. Setiap yang hidup pasti akan mati. Kita cuma perlu bersedia untuk menghadapNya pada bila-bila masa saja.
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan semoga aku dan dia dipertemukan di syurga di akhirat kelak, InsyaAllah.
Lagu ini ditujukan khas kepada Mohd Adhamerudin Omar :
FB profile Adha
Ada jugak keluar buletin utama tadi. Rasa sedih masih menyelubungi diri. ="(
Berita pasal pemergian Adhamerudin :
MStar
MyNewsHub