Have you done your prayer?

Monday, March 22, 2010

PLKN Part 1

Assalamualaikum...
Sorry bebanyak sebab lama tak update blog nih....

Seperti yang ramai yang sudah maklum,saya terlibat dengan PLKN.Sebab tu ler banyak benda termasuk blog nih tergendala seketika. Ramai yang bertanya kepada saya, "Best tak pegi PLKN tuh??" Saya pun nak jawab tak terjawab la pulak sebab panjang al-kisahnya. Oleh itu,kepada sesiapa yang telah,sedang,mahupun akan bertanya soalan tersebut, silalah baca post2 tentang PLKN di sini.

Amaran sekali lagi, yang ni hanyalah pendapat daripada saya sahaja, berdasarkan pengalaman saya. Tidak kena mengena dengan mana-mana pihak dan tidak berniat untuk menyokong atau menyinggung mana-mana pihak. Teruskan membaca...

Pagi tu aku bangun kol 6.30 pagi. Awal ke tak tuh?? Aku bangun awal pagi sebab nak kena start berkhidmat untuk negara hari ni. Aku pun sarapan-sarapan dan setelah Mak Teh aku sampai, kami (Aku,Mak aku, dan Mak Teh aku) bertolak ke Dewan Millenium. Semalam ada aku call kawan aku, Amirul yang dah pergi awal lagi. Dengar citer dia cam biasa ja dok sana.

Aku pun nak pegi sana tak berapa nak rasa pa2 pon. Sesampai kat sana, aku terus naik bas yang menuju ke PLKN White Resort, Balik Pulau. Aku pun dok tertunggu-tunggu kawan aku, Amin yang dok kat Kepala Batas. Dia kata nak mai tengok aku. (Almaklumlah, kawan baik yang dah lama tak jumpa...)Last2 dia kata tayar motor pancit tengah jalan. Tak boleh la nak mai. Aku pun redha je la. Dah la kena pi kem tu sorang2. Malang sungguh.

Maka bas pun berjalan. Atas bas tu aku jumpa kawan Jazmi yang bernama Alif. Bekas budak MRSM PDRM Kulim. Atas bas aku banyak tengok luar ja. Alif tu plak dok tidoq je kerja. ZzzzZZzzz... Sesampai ja kat Balik Pulau, jalan dia semua berbukit-bukit. Nak masuk pergi kem pun punya la dalam.
Sampai je kat kem, aku tengok luas la jugak tempat nih. Pastu kena jalan bertiga2 ke dewan. Budak2 lain ramai yang dah merungut. Aku ok jer sebab pengalaman aku kat Mad Jiwa banyak mengajar aku. Kat Dewan, aku register. Lepas buat dan amek semua benda yang perlu, aku menuju kat dorm. Aku ada berkenalan ngan Faris yang dok sama dorm ngan aku. Aku sampai je, aku cari la tempat kosong. Banyak yang dah full sebab aku nih batch last yang mai. Aku kena la duduk belah hujung belakang sekali. Faris tu dok sebelah aku je. Dia tak pernah dok kat asrama so kekok sikit la.
(Sebelah ni gambar Dewan Rajawali)


Lepas packing n simpan barang semua, aku pergi makan, solat, dan tidur jap. Pastu kul 3 lebih cam tu, aku kena kejut ngan Faiz, budak sebelah katil aku. Budak2 yang baru mai hari ni, kena pergi ambil barang kat Logistik. Lupa nak bagitau, aku dapat Skuadron Sukhoi. Kat sini semua guna nama jet pejuang, maybe sebab under TUDM. Memandangkan budak2 Sukhoi semua terlambat, kami kena berkejaran la ke logistik. Kami kena marah pulak kat sana. Bukan sebab kami tak alert tapi dah memang tak dapat info. Adus, ni yang buat aku start meluat nih.
(Sebelah ni gambar sekitar kem)

Lepas amik semua barang, kami kena angkut barang2 semua iaitu sebuah beg plastik besar yang berisi 3 jenis pakaian, kasut, dll. Punya la berat nak angkut. Dah la jalan nak pergi dorm tu berbukit. Sesampai je dorm, setelah meredakan keletihan aku, aku pun kemas barang2 yang dapat tu pulak. Petang tu aku tak berapa ingat la aku buat pa selain solat dan makan.

Malam time row call, aku dapat tau yang kami kena nyanyi lagu Negaraku dan Wira Wirawati tiap2 hari sampai Tamat Latihan. Cikgu (Jurulatih semua dipanggil cikgu) yang bertugas malam tu pun ada bagitau apa yang akan berlaku esok. Time nyanyi malam tu, aku tau nyanyi beberapa rangkap ja lagu wira-wirawati tu. Yang lain miming ja. Tak hafal lagi la. Yang aku nyanyi tu pun sebab budak2 sekolah aku dok perli kat aku. Aku tak pernah nak kisah pun nak hafal @ dengar @ lagu tu sebelum ni.

Malam tu, lepas row call ada perjumpaan jap dengan cikgu skuadron kami, Cikgu Zack kat luar dorm. Masa tu, aku ada la berkenalan ngan beberapa orang baru. Cikgu Zack pun bagi nasihat-nasihat n pedoman yang berguna sepanjang 2 bulan setengah kat situ. Tapi banyak bersembang ja malam tu untuk lebih kenal dan rapat. Malam tu, aku pun tidur kat tempat baru, suasana baru, dan teman2 baru. Esok dan hari akan datang punya cita lepas nih la pulak yer. Jap2, hari tu jugak aku dapat tau Luqman jadik ketua skuadron dan Farid @ Sarang jadi penolong. Cih, depa nih nak pilih ketua n penolong skuadron tak tunggu aku. Tapi tak pa la, nasib badan. Bersambung.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...