Have you done your prayer?

Sunday, December 27, 2009

The Begin Of Something New

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia...

Bertarikh 27/12/09, lahirlah satu blog yang tidak kurang hebatnya. Diberi nama AJ 0509, blog ini dilihat sebagai pencetus satu revolusi baru kepada pemiliknya. Mendapat inspirasi daripada beberapa rakan sekolah menengah, setelah beberapa kali memikirkan dan menafikan khabar angin sebelum ini, akhirnya kenyataan telah tidak dapat disangkal lagi.

"Blog ini tercetus apabila terbaca blog En. Mohd. Faiz Rodzi iaitu senior saya yang banyak meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Diharap blog ini juga mampu menandingi blognya malah lebih hebat daripadanya," menurutnya dalam sidang akhbar baru-baru ini.

Tujuan blog ini diwujudkan adalah :
1.Melahirkan apa yang terbuku di hati memandangkan pemilik kurang bercakap ketika bersosial
2.Mengeratkan hubungan antara pemilik dengan orang lain terutamanya yang mengenalinya
3.agar Orang lain dapat memikirkan apa yang telah terjadi dan mengambil iktibar
4.supaya Orang lain dapat memahami siapa sebenarnya pemilik blog ini
5.Tujuan2 yang berkaitan sewaktu dengannya

Dengan lahirnya blog ini diharap pemiliknya tidak terlupa,melupakan,dilupakan, dan berlupakan mengenai blog ini. Diharap juga para pengunjung dapat memanfaatkan sebaiknya blog ini. Sekian sahaja, terima kasih.

Komen daripada para pembaca amat dialu-alukan.

2 comments:

  1. dah tersenarai di http://sainskedahforever.blogspot.com/

    nanti bleh la knai2 ngan bloggers2 yg lain.

    welcome to the club, happy blogging.

    ada nama aku nampaknya di post yg pertama.hehe segan den.

    ReplyDelete
  2. tq2....
    haha...nanti ltak nma saya plak kat blog abg...
    =D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...