Have you done your prayer?
Friday, April 29, 2011
Ini Ada Satu Kisah
Penulis :
AJ
at
2:49 PM
Tersebutlah kisah seorang pengembara, diberi nama Haris (bukan nama sebenar). Semenjak kecil, hatinya memang sukakan cabaran dan suka mencari pengalaman baru. Apabila umurnya mencecah 13 tahun, beliau berazam untuk merantau ke negeri orang.
Hasratnya tercapai apabila mendapat surat daripada salah seorang pembesar dari negeri jiran. Ibu bapanya pada mulanya agak keberatan untuk melepaskannya merantau ke negeri orang. Namun, dengan semangat Haris yang membara, mereka membenarkannya. Dalam hati mereka berkata, "Nasib baik negeri jiran je. Kalau jauh, memang tak bagi dah!"
Hari yang dijanjikan tela pun tiba. Pada purnama pertama, dia memulakan perjalanannya. Hati Haris agak kecewa kerana tempatnya hanyalah kurang daripada 2 marhalah. Namun, dia tetap bersyukur kerana baginya, "Better One Than None". Hatinya berdebar-debar menanti untuk tiba ke negeri tersebut. Dalam kepalanya ligat berputar berbagai-bagai soalan. Antaranya:
1. Adakah aku akan kembali ke tempat aku dengan selamat?
2. Adakah aku akan dipandang mulia ataupun dipandang hina?
3. Adakah aku akan kalah dalam perjuangan ini?
4. Adakah aku akan mendapat bini yang lawa?
**Soalan 4 tu tak betul pun. Saja nak pekena dia**
Akhirnya, Haris tiba di negeri tersebut. Dia melihat begitu banyak pengembara-pengembara baru di situ. Khabarnya, negeri tersebut sedang membuat dasar buka pintu yang julung-julung kalinya diadakan. Lalu dia menemui seorang penduduk kampung tersebut. Namanya, Fakhrul (bukan nama sebenar). Dia kelihatan ramah sekali dan mengkhabarkan kepadaku apa yang perlu dilakukan sepanjang berada di kampung tersebut. Haris mendengar dengan teliti, takut-takut pula dia akan dihantar pulang ke kampung asalnya dengan muka malu.
Setelah segala urusan hari pertama di kampung tersebut diselesaikan, Haris mengambil keputusan untuk berehat seketika di surau berdekatan. Sedang dia berehat, dia terserempak dengan Halim (sekali lagi bukan nama sebenar). Haris terdetik juga untuk menegur pengembara-pengembara lain. Adakah mereka juga berjiwa cabaran sepertinya, lalu menegur Halim.
Alangkah terkejutnya dia bahawa Halim juga berasal daripada negeri Haris. Alangkah gembiranya dia apabila menjumpai rakan seperjuangan. Halim mengkhabarkan ada beberapa lagi pengembara yang berasal dari negeri mereka. Lalu setelah beberapa hari, Haris menjumpai Rahim (BNS @ Bukan Nama Sebenar) yang berasal dari negerinya jugak, ketika di salah satu majlis anjuran penduduk kampung tersebut. Di negeri jiran mereka yang serba mencabar tersebut, mereka sentiasa menyokong antara satu sama lain untuk meneruskan kehidupan di sana.
Mereka jugak selalu beristirehat bersama-sama untuk melepaskan keletihan seharian bekerja di negeri tersebut. Akhirnya, Haris, Halim, dan Rahim menjadi sahabat baik dan mereka telah berjaya mengharungi hari-hari yang medatang di negeri tersebut. Mereka jugak tidaklah dipandang terlalu tinggi tetapi masih mendapat hormat daripada penduduk negeri tersebut.
Akhirnya, tibalah masa untuk mereka meninggalkan negeri tersebut. Mereka berasa amat sedih kerana penduduk di negeri tersebut sudah seperti keluarga bagi mereka. Begitu jugak dengan penduduk negeri tersebut tetapi, Haris mengingatkan bahawa, "Setiap yang bertemu pasti akan berpisah jua." Mereka pun berpisah membawa haluan masing-masing, namun kenangan yang tercipta pasti di simpan dalam peti harta karun di dalam diri mereka.
Begitulah cerita aku berkenalan dengan dua orang kawan baik aku.
Anda bagaimana?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment