P/S : KALAU HABIS MALAS NAK BACA, TOLONG BACA PERENGGAN LAST SEKALI. =)
Pagi tu,aku bangun dari tidur pukul 6.30 pagi,seperti kebiasaannya. Aku mandi dan solat Subuh sebelum bergerak ke sekolah bersama kak dan adik aku. Kami berjalan kaki ke sana yang terletak lebih kurang setengah kilometer. Kak aku seperti biasa akan merungut sikit kerana aku dan adik aku berjalan terlalu perlahan. Ye la, kami baru darjah 1, dia dah darjah 6. Mana ble nak catch up.
Tiba di sekolah, macam budak-budak sekolah rendah masa tu, perhimpunan dan masuk kelas belajar. Rehat, sambung belajar, dan balik. Balik pulak, kadang jalan,kadang dengan Pak Cik Hussin, dan kadang Cikgu Zaharah Yahya (guru kelas aku ngan adik aku) bagi tumpang. Balik pulak, lepas makan tengahari yang mak aku buat pagi-pagi lagi, bukak tv,tengok cerita siam sat. Lepas tu, bukak buku, buat kerja sekolah. Kalau hari Rabu - Jumaat, pukul 3,dah kena siap nak ke kelas KAFA kat Surau Taman Senangan.
Balik dari KAFA, selalu tunggu mak aku balik bawak makanan ka apa-apa ka. Masa tu pun, adik bongsu aku pun balik dari rumah penjaga dia, Pak Cik Hussin. Pastu tunggu pak aku pulak balik naik motor berkuasa tinggi. Time nak dekat maghrib, tengok ntv7 slalunya. Ada lagi rancangan menarik kat ntv7 masa tu. Malam pulak, tengok tv, lepak ngan family, buat kerja sekolah, tak pun, main ngan adik bongsu aku.
Masa nak tidoq, sembang-sembang dengan adik kembaq aku. Kak aku selalu tidur awal so kami sembang pelan-pelan je la. Pastu bapak aku mai cerita macam-macam. Selalunya pasal kehidupan dia yang serba mencabar. Sekarang ni baru aku teringat bapak aku pun selalu cerita bedtime stories.
Begitulah kehidupan aku suatu masa dahulu. Kenangan yang teringin sangat aku kembali dan kenangan yang takkan aku lupa. Mungin orang yang baca tak faham sebab ni pengalaman aku. So lepas baca ni, cuba ingat balik kenangan masing-masing suatu masa dulu ketika kita masih kecil. Adakah anda masih berhubung dengan mak bapak, family dan rakan-rakan lama anda.
"GET CONNECTED AND STAY CONNECTED"
No comments:
Post a Comment