Have you done your prayer?

Thursday, December 09, 2010

Debate

Assalamualaikum. Ni la first time nak update blog setelah 3 bulan tinggal blog. Apa-apa pon, kali ni nak cerita pasal pengalaman. Pengalaman yang berharga susah nak dapat dan selalunya bila dah dapat tu kita cam xbrapa nak hargai. Eh, bukan nak hurai pasal pengalaman sebenarnya. Dah baca tajuk kan? So pengalaman pasal Debate.

"Apa, Jazli masuk debtae?! Tak percayalah?" Hah, perkataan tu la yang keluar dari mulut kawan2 aku kat UTP ni iaitu Izzuhan dan Acap. Sekarang ni pun kalau yang baru tau pun mesti cakap camtu kan?Haa...don't judge the book by it's cover. Sedang berjalan nak ke masjid tiba2 terbocor lak rahsia. Selepas tu, memori2 tentang debate ni kembali bermain kat kotak fikiran. Bukan la semuanya manis tetapi hikmah yang dapat tu begitu tak ternilai rasanya.

Semuanya bermula ketika aku masih lagi di Tingkatan 1. Budak mentah la katakan. Time tu pun ramai ja yang dok main2 lagi walaupun sekolah SBP. Haa...back to history first. Aku ni pernah la jadikan English favourite subjek aku tapi time darjah 1 & 2 je. Lepas tu, aku ada tersalah faham soalan membuatkan aku hilang banyak markah. Pastu aku komplen, teacher aku ni buat tak kisah ja sampaikan moral aku untuk English jatuh gila2. Sampai ke UPSR baru la aku sedar yang perangai aku tu xbawak pa2 faedah. So aku start la nak bina balik English aku and Alhamdulillah, UPSR stret n dapat SBP.

Time form 1, ak masih nak improve English aku so aku join na team "Fresh Mag" yang membuat majalah english. Tapi perancangan untuk buat sekali sebulan menjadi sekali ja dalam setahun tu. So ada la improve sket2 dan kenal yang mana boleh naikkan English aku. Tapi time form 1 tu jugak ada pertandingan debate Form 1 & 2 antara rumah sukan. Mulanya memang aku tak masuk tapi tiba2 betul2 time pertandingan tu kena tarik sebab wakil dah hilang mana tak tau. Bila sampai time aku berhujah, aku kaku. Dah tak tau format dan tak tau langsung apa yang nak dicakapkan. Then, kak Siva sebelah aku tu tolong aku cakap. Aku cakap sebijik2,sepatah demi sepatah. Memang memalukan la dan sah2 aku kalah. Pastu time nak bagi hadiah saguhati, aku pulak kena naik pentas amik sebab xda wakil. Dah la aku xsumbang pa2 tetiba lak nak jadi wakil amek hadiah. Ish3...

Tapi yang tu baru pre-story dia. Time form 1 tu jugak ada skali tu aku xdpat nak buat majalah untuk Star tu (sekarang ni buat poster lak) disebabkan aku antara beberapa orang dalam kelas aku yang tak dapat A/ B untuk mid sem English. Aku dapat 64 je time tu. 1 lagi ja nak B. So agak frust, aku berazam nak ubah situasi tu. Dan aku sebenarnya banyak idea pasal dunia ni dan berangan nak masuk Team bahas BM tapi bila aku tengok kawan perempuan aku sorang tu dah terpilih masuk team bahas, so aku dengan kecewanya beralih untuk menunggu tawaran untuk team Debate BI lak. (Sebenarnya, aku tak tau pun kalau nak masuk kena p bagitau kat cikgu =p)

Time form 2 plak, ada sorang Teacher ni dari NZ mai mengajar kat sekolah aku. Aku pun amek kesempatan la nak improve English ngan dia. Then, ada tawaran nak masuk Team Debate under dia. Aku pun, tunggu lagi, masuk la. Aku ajak kawan baik aku skali, Nasrul. Time nak bagitau dia tu pun, aku tergagap2. Nasib baik ada Arif Azmi, sorang lagi kawan baik aku. Dia terer la bab2 BI ni. Then bermula la perjalanan sebenar aku dalam dunia Debate ni. Banyak la benda yang berlaku sehingga tak terkata dan tertulis kat sini. Semuanya menjadi memori ja kini.

Kemuncaknya, bila kami dapat peluang untuk join Pertandingan Bahas Antarabangsa UIA. Memang kami agak teruja la nak p. Kami pun dah memang rapat dah sesama sendiri. So team debate hantar 1 team yang terdiri daripada Adilah, Arif, Bavithra & Izzati. Aku & Hafiz Yusof jadik observer ja. Kami pun dapat bilik kat UIA yang agak buruk (sesuai la ngan status pasukan belasahan) and kami terpaksa berhimpit sebab untuk observer sebenarnya tak dak bilik disediakan pon. Time tu la kami mula rapat sikit ngan Abg Hanif & Abg Hazami(bukan nama sebenar). Then, lepas briefing semua, pertandingan pun nak mula dah. Cuma tetiba pengacara kata akan dibuat Swing Team untuk sesapa yang jadik observer sebab tak cukup team nak lawan. So aku & Hafiz join setelah dipaksa oleh Miss Jacqui (lupa lak nak perkenal, dia la teacher dari NZ tu). Then, kami sempat lawan ngan 2 team ja. Tapi prestasi kami boleh2 la sebab dengan tak da pengalaman dapat la 2nd best debater untuk satu tajuk tu. Untuk team utama pulak, menang 4 kot kalau tak salah. Tapi xdapat nak mara ke pusingan seterusnya. Kat sini la kami kenai ngan Usher kami, Kak Sarah & kawan dia, eh, terlupa lak nama kawan dia tu.

Memang berharga la dapat pengalaman tu. Kami pun ada p tengok macam2 pertandingan macam HKSBP untuk team senior. So aku punya English memang improve la. Then, naik form 4, semua cam dah jadik senior sikit, kena la serius sikit dalam berdebate ni. Miss Jacqui pun dah berpindah balik ke negara dia so tak berapa nak terurus team debate ni. Pastu melalui debate ni la jugak aku diserapkan ke dalam Pasukan Inovasi Sekolah yang banyak membanggakan sekolah. Mula2 Cikgu Inovasi, Cikgu Harris tanya pandai ka nak bercakap? Then, Yah (Teammate Pasukan Inovasi) pun meyakinkan cikgu ngan kata aku ni team debate. So xkan la aku xpandai cakap. Tapi aku pun tgh tak berapa lagi English sebenarnya. Dalam team pun jadi 5th debater & simpanan ja keja. Tapi Debate ni la yang bantu aku dapat banyak kejayaan dalam Inovasi ni dan kesannya masih terasa sampai sekarang. Sebab, sijil aku yang banyak asal dari Inovasi dan aku masuk Inovasi dari Debate. So kat mana aku berada sekarang memang efek dari Debate la.

Time form 5, telah ditubuhkan Debate Club yang mana aku telah menadi bendaharinya. Tapi sejak masuk inovasi aku xberapa nak aktif la debate ni. Sebab aku dalam inovasi dah dapat macam2 so kna la bg peluang kat org laen lak. (Cerita inovasi? post akan datang....) Aku pun dah jadik penunjuk ajar kat adik2. Pastu kadang tu pikir yang aku nih kadang terpinggir gak coz jarang dapat peluang nak debate tapi sebenarnya debate dah bagi banyak peluang kat aku dalam bidang lain. So bila nak tinggal debate ni agak sedih r. Lagipun batch kami ni ja yang paling semangat aku tgok takat nih. Walaupun xramai, tapi usaha memang banyak r. So aku nak mintak maap la kat team debate aku sbb ak byk wat salah kot. Pikir bukan2 lak tuh. Pa2 pon thanx gak for the memories!

Special thanks to Arif, Adilah, Izzati, Hafiz, Afiq, Miss Jacqui, Nasrul, dan semua yang pernah tolong dalam karier debate aku kat SMSSMJ. =)

Kenangan yang tercipta akan sentiasa terpahat di ingatan.

Friday, September 17, 2010

Change

Assalamualaikum.
I was on my way back from Jeti after bought my ticket to my second home in PJ. Since there's no MP3 or earphone around, i have time to wonder about what had happen to me as well as other people. It's about what the title tells you, my reader.
Since I left my lovely secondary school, there's lot changes happen. Directly after the SPM, everyone from my school has gone into racing to get a car and bike license. I'm also not excluded especially when I would be going to PLKN in January. Then, I went to PLKN White Resort in Balik Pulau. It was time when I really2 much thinking about my friends, and my great past time in Md. Jiwa. It's really great if I could bring all of them to feel and gone through life there as it was amazing if the trainee was all of them.
But it's a good experience being with the new people. I felt it was not the best place I've ever been but after I finished the training, I look through back the life there and there are things that I've learned through the hard time. It won't be discuss here. As I was there, a lot of meeting for enjoying purpose had been arrange and attend by my friends.
It tooks about a week to two weeks to get me in my Mad Jiwa friends mood again. But it was great as everyone felt the missing the hostel life. And everyone keep in contact through the Facebook. Then, there's the SPM result and the Kenduri Kesyukuran where we all could let out all the longing feeling. Then, everyone busy to continue the studies and we gone through day by day. And through the day, I keep missing the hostel life filled with my friends.
I also learned to cope with it. And as I cnotact with other friends, they posses changes, a little and a lot. Some won't even care much about the schoolmate anymore while most, as myself, try to join together the new life with the best friends ever we had in the school. But most would still contact much with schoolmate. As myself, I still can felt my school friends around and sometimes hope they would be there to share with.
And most would realize that I become fatter. During my past school holiday, I become fatter too but after came back to school, it would be normal again. But in my university, it seems doesn't happen. I don't know why but sometimes I've been thinking what people like to say, "When you're missing someone, everything won't be normal." And I think that maybe this is caused by being longing with my friends or maybe DM serve the right menu for the students. When people talk about it, I always said that I don't exercise much.
During Hari Raya, I join the best ever event, Konvoi Raya with Mad Jiwa boys. There's a lot change I can see through the day. Once, we used to walk together to go anywhere, but now, we use cars and bikes. The thing that we never imagine but it just came to our life. And everybody's busy to go back to studies after the event.
Things just change as time goes by. Sometimes we need change to make life better. Once we could only mumbling about the problem, after the change we might like to change back to past. Maybe the change could make us just take the past as the memories as we going good with the change. Sometimes the change is what we need to achieve or to gain something that we want. And sometimes after the change, things won't be as good as the past.
Simple example, we now use car and bike rather than use buses that we used too and we take the buses as the memories. Once, we mumbling about going out from the school especially during the early year,but now we like to gone through it again. And sometime we change to satisfy the others but the change could only be worse when the satisfication didn't come but the hate comes more.
So as time goes by, we would gone through the changes in our life. As a wiseman said, If we don't change, things around us will change. And I still held onto it. As the change gone through try to think about it and I guarantee that I'll do it much2 again.
Thanks friends. Hope we can gone through the change together and tighting more the friendship forever bond.=)

Friday, July 09, 2010

1-2-3 minggu nih....

Assalamualaikum....

Kali ni nak cerita pasal apa yang berlaku dalam 2-3 minggu ni. Dalam dua minggu ni ada 3 test iaitu Physics 1 (30-06-2010), Chemistry 1 (02-07-2010) dan jugak subjek favourite untuk sem ni Pre-Calculus (07-07-2010). Mula-mula Physics I dikira ok la tapi xtau la sejauh mana boleh score. Macam yang ramai orang kata, test 1 ni la peluang untuk kita score. Nak bagi pointer tinggi sikit. Nanti final xpayah nak bersusah payah. Alhamdulillah, apa yang distudy masuk dalam test. Selang dua hari ada Chemistry I plak. Soalan yang dijangkakan aku masuk tapi level of difficulty tu atas sikit la. Sikit je la. Tapi disebabkan faktor2 fizikal,mental, dan persekitaran, aku sempat study last minute. So xbrapa nak boleh jawab tapi redha je la. Hanya mampu tawakkal. Minggu depan pulak, test Pre-cal. Degree of difficulty tak seperti yang dijangka! Bukan susah lagi tapi bawah sikit tahap kesusahan dia. So alhamdulillah boleh la jawab. Walaupun ramai yang kata susah tapi aku hanya boleh tawakkal je la. Ada probability yang jalan kerja aku xditerima oleh Mr. Jale (lecture Pre-Cal).
Minggu ni jugak start cuti mid-sem selama seminggu. Menurut lecture Physics aku, Dr. Hana, masa ni la nak relaks sikit sebab sistem trimester telah membuatkan jadual budak foundation padat. Lepas 7minggu lecture, 1minggu cuti. Sambung 7minggu lecture, final exam,1minggu cuti. Masuk sem baru sama la jugak. So time ni la nak tenangkan fikiran sebab kalau time cuti ni study macam minggu yang ada lecture, silap2 boleh meletup kepala. Tak pun berasap sampai exhausted. Tapi lecture Physics I telah pun bercuti seminggu awal sebab Dr. Hana kena pergi ke Eropah untuk menyiapkan kerja2 terakhir sebelum melancarkan buku tulisannya mengenai Nanotechnology di Paris, Perancis.
Sebelum cuti jugak, selain melalui hari2 yang sibuk, kertas Chemistry Civil & EE Engineering telah pun siap disemak oleh Mr. Mohd. Faisal Taha. Keseluruhannya, pencapaian budak2 kelas dia memberangsangkan. 9 orang kot yang dapat 100%. Ada beberapa yang boleh dapat lebih 100 % tapi maximum 100 je.Sebabnya, Mr. Faisal akan bagi 4 markah kalau eja nama dia dengan betul. Pencapaian aku? Ok2 ja. Chemist aku xbrapa boleh so dapat C+ je.
Balik tadi naik keretapi secara 'rombongan'. Ada dalam 9 orang budak UTP dalam keretapi tu. Tapi yang naik kat Ipoh 7 orang dan Batu Gajah 2 orang. Yang pergi Ipoh naik bas yang penuh dengan budak2 PLKN 5 orang ja. 2 orang lagi tumpang orang. So agak best dan penagalaman baru ditambah dengan geng skali. Mana xbising train tu. So destinasi terakhir ialah KL Sentral. tu pun dah tinggal 6 orang. Singgah Burger King jap untuk makan malam, seramai 4 orang ja yang tinggal. So cuti ni xtau la apa yang akan terjadi. Mintak2 semuanya berjalan dengan lancar....

Tuesday, May 25, 2010

Up and down...

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa yang diplan xbrapa nak menjadi tapi alhamdulillah ada la dlam 80% dpat....Plan apa?? Plan untuk masa depan. Sebetulnya plannya sepatutnya berjalan seperti yang berikut:
Pilihan 1 : JPA - Engineering - INTEC - US
Pilihan 2 : YTN - Engineering - UK/Kanada
Pilihan 3 : Petronas - Electrical and Electronic Engineering - UTP
Pilihan 4 : UPU - Asasi Sains Fizikal - UM
Pilihan 5 : Matrik - Jurusan Sains - KMPP

Setelah semua keputusan permohonan keluar, semua macam xberapa nak menjadi walaupun first2 nampak cam lancar ja...
Result first, Matrik. dapat KMK walaupun nak KMPP tapi xpa la. Ramai geng dapat sana. Beberapa hari lepas tuh dapat UM plak. Pasal UPU nih xkesah dapat mna tapi tetiba dapat UM ngan geng2 result gempak. Terkejut gak la sebab aku nih xstret n xdpat hac pon. tup2 dapat UM yang amat tinggi taraf dia. Ditambah ngan ramai geng so tetiba pilihan nih boleh mencabar pilihan ketiga dan kedua.
Sehari lepas tuh, aku check email dapat YTN pulak tapi bukan untuk oversea tapi kat UNITEN ja. Tawaran keluar sehari sebelum result UPU tapi just aku xcheck email. Walad pon xdpat walaupun yang UNITEN punya. So agak berbelah bahagi untuk UNITEN nih. Automatik pon UM kembali mencabar kedudukan UNITEN. Bukan sebab aku xboleh nak buat kawan baru tapi berdasarkan pengalaman aku, aku nih kena ada geng gak walaupun sorang. Nanti stadi kaco kena tendang plak.
Setelah berhari2 memikirkan dua pilihan ni + mintak pendapat orang lain, tiba la masa untuk pilihan ketiga keluar keputusan. Aku dapat. So ada 3 pilihan yang lebih kurang. Kalau nak amik petronas, kena daftar minggu depan so kena betul2 fikir masak2 dalam masa seminggu ni. Kalau ikutkan sehari dua ja sebab nak prepare barang2 ngan borang2 dia lagi.
Akhirnya aku membuat keputusan untuk ambik UTP atas nasihat abahku, familyku ngan kawan2ku. Terima kasih semua....Dijangkakan keputusan untuk pilihan pertama aku akan keluar seminggu lepas aku daftar UTP so aku set untuk stay utp untuk seminggu pastu berangkat ke intec.
Setelah berhari2 aku dalam Minggu Aluan Siswa(MAS) kat UTP ni ngan result JPA xkeluar2 aku sempat la berfikir kemungkinan2 yang mungkin akan berlaku. So sempat la muhasabah diri serba sikit. Hari jumaat lepas Solat Jumaat pukul 3 dah boleh check. Aku check lambat sikit sebab sibuk ngan MAS. Dengar kata ramai kawan2 aku xdapat tapi roommate aku dapat pulak. So lepas Asar time briefing pasal ITMEDIA aku check guna henset aku. Terpaksa la berkorban kredit sikit. Aku dengan kecewanya menerima keputusan bahawa aku xdpat.
Ditambah dengan ayat "Lebih menumpukan kepada bidang kritikal seperti Pergigian,Medic, ngan apa ntah". Aku dalam kekecewaan dalam 2-3 hari la jugak. Tapi sebab aku sempat muhasabah diri xda la melarat sampai berminggu2. Aku dapat menerima tapi still kecewa. So seperti yang dinyatakan pilihan kat atas, sebenarnya semua tetiba berubah. So we cannot predict the future. We must keep ready for anything in the future. Eventhough some that might very shock us but just prepare the best that we can.

Sunday, April 18, 2010

Pengalaman Interview TNB....

Assalamualaikum....
Selamat bertemu kembali.....
Kali ni saya nak bercerita tentang pengalaman interview first ever selepas interview (Bukan interbiu TV yer). My 1st ever interbiu was in my form 5. Interbiu Kadet Polis. Berjaya la jugak yang tuh dapat Koperal. Tapi citer utama dia kat sini pasal interbiu Yayasan Tenaga Nasional untuk Program Luar Negara. Nilah tawaran temuduga interbiu pertama saya. So the story goes like this.....

26 Mac - Pagi tu aku bukak facebook macam biasa. Dah nama pun cuti, ni la kerja aku. Sambil2 tuh, ada la aku bukak sebsite lain tapi tak boleh dinyatakan di sini. Sedang melayari FB, aku tetiba terbaca yang tawaran temuduga Yayasan Tenaga Nasional dah keluar. So aku check list, dan terkejut + gembira gila time tuh. Aku dapat! Tapi sayangnya adik kembar aku tak dapt pulak. Aku cuba tanya kengkawan lain tapi last2 Walat ngan aku ja yang dapat. Bertuah gila sebab 354 orang ja yang dapat.
So aku pun mula la sibuk menyiapkan semua dokumen yang diperlukan. Punya la kalut sebab aku interview Isnin 29 Mac. Walat dapat lambat lagi. Belum interview dah kena pressure. Ye la, TNB nih mintak macam2 pulak. Siap kena marah ngan kalut dok buat macam2. Tak payah la cerita panjang2. So jump to the day.

29 Mac - Pagi tuh,aku bangun awal kerana hari ni merupakan hari merah bagiku (Translet dari Red Day=Important Day). Hari ni aku kena pegi interbiu yang serius buat kali pertama. Semalam pon aku tidor awal. So pagi nih bangun awal sket untuk siap2 apa yg xsiap lagi. Aku pon dapat tau dalam 2,3 hari lepas. Pasal TNB pon aku tak baca lagi. Aku dok relax ja banyak sebelum tuh sebab aku ingat interview nih tak payah la prepare banyak2 sangat. Aku pun dah practice ngan kak aku.

So, pukul 12.30 tgh aku pon bertolak ngan dreba pak aku. Mak aku suruh pergi awal, takut kalut. So sesampainya kat sana dah pukul 1.30 ptg tapi consider as awal la. Orang lain tak datang lagi pon. Aku terjumpa kawan Jazmi kat depan bangunan yayasan tuh. Sempat la ambil beberapa pedoman untuk interview satgi. Sesampai depan pejabat, aku cuba tolak pintu cermin tuh tapi tak boleh. Rupa-rupanya ada lock auto belah dalam. So orang kat dalam tuh tolong bukak kat aku. Malu gila sebab tolak2 pintu cam orang bodoh pulak.

Masuk2, kaunter kosong. Aku pun pusing2 kat kerusi yang tersusun tuh sebab tak tahu nak buat pa. Aku dah la nervous, jadik macam nih pulak. Ada 2-3 budak kat situ tengok aku pelik sebab pusing macam orang gila. Aku tanya kat budak2 tuh, register kat mna? Budak2 tu tunjuk kat meja belah hujung tu tapi tak da orang pon aku tengok. Rupa2nya budak2 tu sesi pagi. Tak habis lagi. Aku ni pulak terlebih awal. So, aku tunggu la sampai kol 2.15 ptg camtu baru start pendaftaran. Aku bagi la semua dokumen yang dimintak.

Time duduk tu, sempat la berkenalan ngan sorang budak cina tapi aku dah lupa nama. Sebab lama sangat tunggu habis pendaftaran, aku pergi solat dulu. Habis ja solat, terus kena masuk bilik menunggu. Kat situ ada la sorang buat briefing. Bagitau sal TNB, program yang ditawarkan, tips2 interview, dan sembang2. Nasib baik kak tu ramah tapi semua still nervous.


Aku group pertama sebab aku register awal (gatal mai awal sangat). Sekali masuk 6 orang. Masuk bilik tuh, ada 5 orang panel, 2 laki, 3 perempuan. Ketua dia laki tapi ramah ja. Aku orang ke5 dalam group tuh. Mula-mula sesi perkenal diri. Cakap pasal, nama,tempat tinggal, sekolah, mak bapak, adik beradik, dan aktiviti kokurikulum untuk men'jual' diri. Turn aku, aku cakap gagap gila tapi sempat cakap semua yang dipraktiskan.

Sesi 2, soalan dia berbunyi, "OK, tell us what do you know about us, TNB." Ada sorang cina tuh, rasanya tak tau pa kot so dengan poyonya dia story sal nenek dia yang dapat bil yang mahal tiap2 bulan kat orang yang mai check meter tu. Aku pun ketar punya pasal, ingat beberapa fakta ja la. Baca pun last minute, mana nak ingat semua.

Sesi 3, sesi debate. Panel bahagi 3 propose dan 3 oppose. 5 minit fikir dan 5 minit cakap. Debate nih cakap ikot turn so macam just bagitau idea kita. Tak da debate pon. Time ni aku pakar la. Mad Jiwa Ex-5th debater la katakan. Cakap panjang sampai sorang panel tu kena bunyi loceng. Dah habis, semua keluar. Aik, macam tu je the end? Tu la, duduk dalam tuh rasa lama tapi tak lama mana pun. Up to 30 minutes la.
Budak2 kat waiting room tuh semua serbu kami ber6 tanya macam mana. Aku pun bagitau la cina yang aku kenal tadi tuh tips2 dia. Pastu aku keluar dan driver sampai, aku terus belah la. Time interview tadi sempat la jugak jumpa sorang mamat nih nama Khir, budak sekolah agama. Sembang panjang la jugak ngan dia. Memandangkan ni interview pertama, so rasanya tak berapa ok la keseluruhannya. Kalau dapat, bersyukur gila.

Balik2 tuh, aku check JPA pulak. Alhamdulillah, dapat! Ramai la jugak kawan aku dapat. Khairi, Talhah, Afiq, Saufi dan lain2 lagi. So lepas ni cerita pasal JPA la pulak......

Thursday, April 01, 2010

AJ Top 25 (Week 2)

AJ Top 25 (Week 2)

1. All The Right Moves - One Republic (NM)
2. Whataya Want From Me - Adam Lambert (U5)
3. Run This Town - Jay-Z feat. Rihanna & Kanye West (U2)
4. Live Like We're Dying - Kris Allen (U11)
5. Party In The USA - Miley Cyrus (D2)
6. Russian Roulette - Rihanna (D2)

7. Fifteen - Taylor Swift (D5)
8. Trouble Is A Friend - Lenka (NM)
9. Watcha Say - Jason Derulo (U3)
10. Today Was A Fairytale - Taylor Swift (U10)
11. Life After You - Daughtry (U8)
12. Fallin' For You - Colbie Caillat (U4)



13. Sweet Dreams - Beyonce (NM)
14. Bad Romance - Lady Gaga (NM)
15. Waking Up In Vegas - Katy Perry (D9)
16. Meet Me Halfway - Black Eyed Peas (D7)
17. Empire State Of Mind - Jay-Z feat. Alicia Keys (U5)
18. Tik Tok - Ke$ha (U1)
19. Telephone - Lady Gaga feat. Beyonce (D9)
20. You Belong With Me - Taylor Swift (D9)
21. According To You - Orianthi (N)
22. Sexy Chick - Akon & David Guetta (U2)
23. Two Is Better Than One - Boys Like Girls feat. Taylor Swift (D6)
24. Replay - Iyaz (U1)
25. Down -
Watch Out. Imma Be - Black Eyed Peas
Out. Already Gone - Kelly Clarkson (21)






Thursday, March 25, 2010

AJ Top 25 (Week 1)

AJ Top 25 (25-03-2010)
1. All The Right Moves - One Republic
2. Fifteen - Taylor Swift
3. Party In The USA - Miley Cyrus
4. Russian Roulette - Rihanna
5. Run This Town - Jay-Z feat. Rihanna & Kanye West
6. Waking Up In Vegas - Katy Perry
7. Whataya Want From Me - Adam Lambert
8. Trouble Is A Friend - Lenka
9. Meet Me Halfway - Black Eyed Peas
10. Telephone - Lady Gaga feat. Beyonce
11. You Belong With Me - Taylor Swift
12. Watcha Say - Jason Derulo
13. Sweet Dreams - Beyonce
14. Bad Romance - Lady Gaga
15. Live Like We're Dying - Kris Allen
16. Fallin' For You - Colbie Caillat
17. Two Is Better Than One - Boys Like Girls feat. Taylor Swift
18. Life After You - Daughtry
19. Tik Tok - Ke$ha
20. Today Was A Fairytale - Taylor Swift
21. Already Gone - Kelly Clarkson
22. Empire State Of Mind - Jay-Z feat. Alicia Keys
23. Down - Jay Sean feat. Lil Wayne
24. Sexy Chick - David Guetta & Akon
25. Replay - Iyaz
Watch Out. According To You - Orianthi

Monday, March 22, 2010

PLKN Part 1

Assalamualaikum...
Sorry bebanyak sebab lama tak update blog nih....

Seperti yang ramai yang sudah maklum,saya terlibat dengan PLKN.Sebab tu ler banyak benda termasuk blog nih tergendala seketika. Ramai yang bertanya kepada saya, "Best tak pegi PLKN tuh??" Saya pun nak jawab tak terjawab la pulak sebab panjang al-kisahnya. Oleh itu,kepada sesiapa yang telah,sedang,mahupun akan bertanya soalan tersebut, silalah baca post2 tentang PLKN di sini.

Amaran sekali lagi, yang ni hanyalah pendapat daripada saya sahaja, berdasarkan pengalaman saya. Tidak kena mengena dengan mana-mana pihak dan tidak berniat untuk menyokong atau menyinggung mana-mana pihak. Teruskan membaca...

Pagi tu aku bangun kol 6.30 pagi. Awal ke tak tuh?? Aku bangun awal pagi sebab nak kena start berkhidmat untuk negara hari ni. Aku pun sarapan-sarapan dan setelah Mak Teh aku sampai, kami (Aku,Mak aku, dan Mak Teh aku) bertolak ke Dewan Millenium. Semalam ada aku call kawan aku, Amirul yang dah pergi awal lagi. Dengar citer dia cam biasa ja dok sana.

Aku pun nak pegi sana tak berapa nak rasa pa2 pon. Sesampai kat sana, aku terus naik bas yang menuju ke PLKN White Resort, Balik Pulau. Aku pun dok tertunggu-tunggu kawan aku, Amin yang dok kat Kepala Batas. Dia kata nak mai tengok aku. (Almaklumlah, kawan baik yang dah lama tak jumpa...)Last2 dia kata tayar motor pancit tengah jalan. Tak boleh la nak mai. Aku pun redha je la. Dah la kena pi kem tu sorang2. Malang sungguh.

Maka bas pun berjalan. Atas bas tu aku jumpa kawan Jazmi yang bernama Alif. Bekas budak MRSM PDRM Kulim. Atas bas aku banyak tengok luar ja. Alif tu plak dok tidoq je kerja. ZzzzZZzzz... Sesampai ja kat Balik Pulau, jalan dia semua berbukit-bukit. Nak masuk pergi kem pun punya la dalam.
Sampai je kat kem, aku tengok luas la jugak tempat nih. Pastu kena jalan bertiga2 ke dewan. Budak2 lain ramai yang dah merungut. Aku ok jer sebab pengalaman aku kat Mad Jiwa banyak mengajar aku. Kat Dewan, aku register. Lepas buat dan amek semua benda yang perlu, aku menuju kat dorm. Aku ada berkenalan ngan Faris yang dok sama dorm ngan aku. Aku sampai je, aku cari la tempat kosong. Banyak yang dah full sebab aku nih batch last yang mai. Aku kena la duduk belah hujung belakang sekali. Faris tu dok sebelah aku je. Dia tak pernah dok kat asrama so kekok sikit la.
(Sebelah ni gambar Dewan Rajawali)


Lepas packing n simpan barang semua, aku pergi makan, solat, dan tidur jap. Pastu kul 3 lebih cam tu, aku kena kejut ngan Faiz, budak sebelah katil aku. Budak2 yang baru mai hari ni, kena pergi ambil barang kat Logistik. Lupa nak bagitau, aku dapat Skuadron Sukhoi. Kat sini semua guna nama jet pejuang, maybe sebab under TUDM. Memandangkan budak2 Sukhoi semua terlambat, kami kena berkejaran la ke logistik. Kami kena marah pulak kat sana. Bukan sebab kami tak alert tapi dah memang tak dapat info. Adus, ni yang buat aku start meluat nih.
(Sebelah ni gambar sekitar kem)

Lepas amik semua barang, kami kena angkut barang2 semua iaitu sebuah beg plastik besar yang berisi 3 jenis pakaian, kasut, dll. Punya la berat nak angkut. Dah la jalan nak pergi dorm tu berbukit. Sesampai je dorm, setelah meredakan keletihan aku, aku pun kemas barang2 yang dapat tu pulak. Petang tu aku tak berapa ingat la aku buat pa selain solat dan makan.

Malam time row call, aku dapat tau yang kami kena nyanyi lagu Negaraku dan Wira Wirawati tiap2 hari sampai Tamat Latihan. Cikgu (Jurulatih semua dipanggil cikgu) yang bertugas malam tu pun ada bagitau apa yang akan berlaku esok. Time nyanyi malam tu, aku tau nyanyi beberapa rangkap ja lagu wira-wirawati tu. Yang lain miming ja. Tak hafal lagi la. Yang aku nyanyi tu pun sebab budak2 sekolah aku dok perli kat aku. Aku tak pernah nak kisah pun nak hafal @ dengar @ lagu tu sebelum ni.

Malam tu, lepas row call ada perjumpaan jap dengan cikgu skuadron kami, Cikgu Zack kat luar dorm. Masa tu, aku ada la berkenalan ngan beberapa orang baru. Cikgu Zack pun bagi nasihat-nasihat n pedoman yang berguna sepanjang 2 bulan setengah kat situ. Tapi banyak bersembang ja malam tu untuk lebih kenal dan rapat. Malam tu, aku pun tidur kat tempat baru, suasana baru, dan teman2 baru. Esok dan hari akan datang punya cita lepas nih la pulak yer. Jap2, hari tu jugak aku dapat tau Luqman jadik ketua skuadron dan Farid @ Sarang jadi penolong. Cih, depa nih nak pilih ketua n penolong skuadron tak tunggu aku. Tapi tak pa la, nasib badan. Bersambung.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...