Have you done your prayer?

Monday, November 28, 2011

Oh, Malaysia!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pertama sekali, sila hayati situasi kat bawah.

Situasi 1
A: Penipu ni memang nak kena bantai. dah berapa kali dah aku tegoq, tak dak perubahan jugak!
B: Jangan la macam tu A, dia dah tolong mak dia juai kueh, jaga adek2 dia, tolong basuh tandas rumah, tolong potong rumput depan rumah.
A: Haa... teruskanlah manjakan dia. Sampai orang nak tegoq salah pon xboleh.

Situasi 2
A: Awat la dia ni xreti sangat. tiap2 ari dok buat keja ni pon, xboleh nak improve ka? Kata dapat degree dari UM. Takkan tak reti2 lagi kot.
B: Hang jangan la dok cakap macam tu kat dia. at least dia dah cuba. cuba try hang yang buat. lagi teruk lagi ada la.
A: Aku memang la buat lagi teruk sebab aku ni Engineer tapi dia tu doktor! Patotnya dia lagi tau apa yang dia buat dari aku!

Haha. pernah alami perkara di atas? Kalau tak pernah pon, baca ja la post ni. Aku nak tuju benda ni sebenaqnya kat pasukan bola sepak U23 Malaysia. Malaysia baru ja tewas kepada Bahrain 2-3 dalam Kelayakan Olimpik 2012.

Sebenaqnya, aku ni memang peminat bola sepak, tambah-tambah kalau Malaysia. Apa yang aku tengok, Malaysia dah semakin maju dalam bola sepak kalau nak compare dengan 10 taon yg lepas. Alhamdulillah, Malaysia berjaya lepas ke pusingan ke4 & terakhir kelayakan Olimpik 2012. Namun, berdasarkan persembahan Malaysia di Sukan Sea dan kelayakan Olimpik  baru-baru ini, aku nak kata yang Malaysia still banyak perlu improve. Jangan dok bangga sangat dengan prestasi semasa.

Pendapat aku, Malaysia lani satu level atas sikit dari Malaysia yang dulu tapi takkan la nak dok kat level tu ja dan tunggu untuk masa kejatuhan balik? Dah ada peluang ni, gunakan la sehabis baik. Kan dah kena tunggu 4 taon lg. Tak mau nak panjang2, aku nak tulis sikit kat bawah ni pendapat aku tentang perubahan yang pasukan Malaysia patot lakukan.

Attacking
-Fakri perlukan latihan finishing yang banyak.
-Thamil perlukan banyak lagi latihan dan pendedahan.
-Syahrul perlu practice finishing gak tapi ada peluang untuk menyinar. Sesuai main wing.
-Izzaq injured panjang pulak. Kena cari pengganti dia cepat.

Midfield
-Wan Zack still bergelut dengan kecederaan dan kecergasan. Rasanya perlu latih balik skill2 dia sebab semakin malap plak dia kat tengah padang akhir-akhir ini.
-Nazmi perlukan banyak pendedahan untuk menjadikan dia betul2 pemain yang berkaliber.
-Fandi kena practice bawak bola. Banyak bola dia dapat dibaca lawan.
-Irfan Fazail dah okay cuma kena practice nak buat skill supaya dapat lepas lawan.

Defender (Generally sebab memang semua buat salah sama)
-paling banyak kena improve. banyak buat kesalahan mudah. Apek pon nampak cam letih dok kena selamatkan bola mudah byak. tapi kalo nak harap kat dia sorang mmg xble r. Praktis passing, jangan gugup, dan nak long pass kat penyerang.

Apa-apa pon, aku tak dapat menyembunyikan kegembiraan aku dengan pencapaian Malaysia setakat ini. Mungkin belum masanya, tapi jangan hanya di takuk yang sama saja. Perlukan perubahan. Dan kepada peminat, teruskan menyokong pasukan Malaysia. Tanpa anda, Malaysia mungkin tidak berada pada tahap sekarang.

TAHNIAH MALAYSIA!

MALAYSIA BOLEH!


P/S: Oh, Malaysia! bukan Oh! Malaysia.

Friday, September 09, 2011

Test untuk Teman Sejati

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


     Anda yang sedang membaca tu. Ya, awaklah! Sepanjang hidup anda, pasti anda ada rakan baik atau lebih dikenali sebagai teman sejati. Di mana dia ada, di situ anda ada. Kalau anda tak ada rakan yang bagai isi dengan kulit tu, memang anda ni seorang yang pelik.

Tetapi benarkah anda rakan baik
teman sejati kepada rakan anda itu?

Jika anda boleh menjawab soalan-soalan di bawah dengan YES yang jujur, anda memang teman sejati.


Apakah soalan-soalannya?  
Sila lihat di bawah.

Would you care for me,
If I was ever lied?
Would you hear my voice,
If I was always quiet?
Would you hold my hand,
If I was going to fall?
Would you cry for me?
Would you know my name at all?
Amacam? Ada soalan tak lepas ke? Kalau still semua YES, sambung menjawab kat bawah ni.

Would you be there,
If I was on the ground?
Would you be my friend,
If no one was around?
Would you hold me close,
If I was in the cold?
Would you pray for me?
Would you know my name at all?

Hah! Kenapa? Terperangkap? Teruskan menjawab jika anda masih boleh menjawab YES dengan yakin!

Would you care?
Would you be there,
For the soul behind the face?
Would you love me,
For what I am?

Betul ke jawapan anda tu? Anda jujur? Untuk kepastian, sila jawab soalan di bawah ini dengan JUJUR!

Would you care?
Would you be there,
For the soul behind the face?
Would you love me,
For what I am?

Amacam? Lepas? Kalau anda lepas,
TAHNIAH!
Anda memang teman sejati!

Jika tidak, silalah berubah. Nanti dah tak ada kawan, baru nak sedar diri.
Bak kata pepatah, Berkawan biar beribu, bercinta biar satu.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud:
"Seseorang insan akan terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya.
Maka hendaklah kamu melihat siapa kamu bersahabat."

(Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)
Dipetik daripada Soul Behind The Face - Scorpions
Untuk lirik penuh, klik di sini.

Saturday, July 16, 2011

Sedih? Kecewa?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” 
(Surah Al-Baqarah Ayat 216)

Assalamualaikum
Pada post kali ini, saya mulakan dengan sepotong ayat daripada al-Quran. Pada tahun ini, banyak benda yang berlaku terhadap diri saya ini. Ada yang baik, ada yang buruk. Orang kata, yang baik, jadi pembakar semangat, yang buruk jadi teladan dan pedoman. Kadang, kita tak dapat apa yang kita nak. Dan selalunya membuatkan kita kecewa dan mungkin juga bersedih. Tambahan pula, apa yang kita nak adalah apa yang kita idam-idamkan selama ini.

Jika benda ini berlaku, bolehlah kita saling mengingati ayat di atas. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Dan Allah amatlah sayang kepada hamba-hambanya. Tidak mungkin Dia memberikan sesuatu atau menjadikan sesuatu untuk kita untuk menjadikan kita insan yang lebih teruk.

Dalam sebuah hadits Qudsi, Allah SWT berfirman :  
“Pergilah kepada hamba-Ku, lalu timpakanlah berbagai ujian kepadanya, karena Aku ingin mendengarkan rintihannya.” 
(HR Thabrani dari Abu Umamah) 

Oleh itu, kita perlulah positif setiap kali berlakunya musibah terhadap diri kita. Dekatkan diri kita balik kepada Allah. Mungkin kita terlalu leka dengan dunia dan Allah nak mengingatkan kita kembali. Saya pun mula menyedarinya kembali setelah musibah demi musibah berlaku pada diri ini dalam masa yang terdekat ini. So, sebagai seorang muslim, perlulah kita saling mengingati antara satu sama lain. Semoga segala usaha kita dilihat oleh Allah. Amin~

Wednesday, June 15, 2011

Dedicated to Adha

Adha, Shahril & Fakhrul
   Assalamualaikum. Post ini ditujukan khas kepada abg senior saya, Allahyarham Mohd Adhamerudin Omar. Dia baru meninggal pada pagi ini (Rabu, 15/6/11) kerana lemas di Sungai Pasir Kemudi, Sungai Lembing, Pahang. Hari Rabu memang hari yang pack untuk aku walaupun rata-rata pelajar utp free pada hari ni. Tapi still ada gap antara kelas. So lepas klas Circuit Theory, lebih kurang pukul 1++, aku pun balik ke bilik. Ingat nak buat kerja Academic Writing yang tak siap lagi (petang tu nak check) tp macam besa, aku clearkan facebook ngan gmail dulu. Kot2 ada berita penting. Dan tengahari tadi, memang ada berita penting pun. Tersentak aku bila baca post kawan aku kat FB kata abg Adha dah meninggal dunia. Tambah disebabkan lemas. Tapi Alhamdulillah dia sempat menunaikan solat Subuh pada pagi tadi.
  
   Sejarah aku dengan dia, macam budak2 batch aku yang lain gak, banyak gak tapi event2 penting je la ada kat dalam ingatan aku. Tapi sememangnya dia seorang yang baik dan seorang senior yang direspek oleh kebanyakan junior. Paling aku ingat, time camping form 1 la. Nak cerita kat sini pun macam tak terkata. Tapi rasanya ada kenangan lebih sikit aku ngan dia. Dia rapat sikit la ngan dia.

   So bila dapat tau dia meninggal, nak je menangis tapi tak pa, aku redha dengan pemergian dia. Allah lebih menyayangi dia. Ajal maut, jodoh pertemuan semua di tangan-Nya yang lebih berkuasa. Sebagai hambaNya, kita perlu percaya kepada Qada' dan QadarNya. Setiap yang hidup pasti akan mati. Kita cuma perlu bersedia untuk menghadapNya pada bila-bila masa saja.

   Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan semoga aku dan dia dipertemukan di syurga di akhirat kelak, InsyaAllah.
Lagu ini ditujukan khas kepada Mohd Adhamerudin Omar :


FB profile Adha

Ada jugak keluar buletin utama tadi. Rasa sedih masih menyelubungi diri. ="(

Berita pasal pemergian Adhamerudin :
MStar
MyNewsHub

Monday, May 02, 2011

Thomas Edison and Friends

Assalamualaikum and hi.

   First question of the day. Do you know Thomas Edison? Yeah, blah, blah, blah... But do you know who his friend? Well, that question also I do not know the answer. Maybe I'll answer, Albert Einstein because they both very genius. Well, let's just focus to the point.


Thomas Edison

   Thomas Edison is the person who invent light bulb. He is the one who begin to lit up the world with modern candles. And millions of people are using the light nowadays, which it's going to be crazy if the whole world suddenly lost the light.

   In his journey to success, thousands and millions trials he had to go through. Isn't that incredible? But, how many guys who supported him when he failed again and again? Of course I don't know the answer too. However, it's surely less than people who supporting him after he succeed, and less than people who remember him now.

   The moral of the story of Thomas Edison, usually, don't give up and too achieve success, there's going to be hard work. But here I'm going to tell another lesson to be notice by others. The people surrounding also don't give up with the person.

Keep on supporting him.



   Nowadays, people often judge by first impression and only give at most 2 or 3 chances to others. Let me ask you, when a baby start try to talk, do they practice only once or twice to be able to talk? When the baby start try to walk, do they get fall only once or twice, then he/she be able to run? But one important thing that people will miss is how many supports that the parents give to the baby, especially mum.

   Even, the mum will always be the most couragable to see his child to be able to talk and walk, more than the baby. So guys, my beloved readers, would you do me a favour? When you see somebody is trying to do well in the class, or in sports, or in driving, or anywhere, please support and help him/her until he/she success in the particular thing. You'll feel more happy and satisfy when the person do success incredibly. If they are one of your friend, they'll more appreciate the friendship. =)

Sunday, May 01, 2011

Once Upon A Time

P/S : KALAU HABIS MALAS NAK BACA, TOLONG BACA PERENGGAN LAST SEKALI. =)

   Pagi tu,aku bangun dari tidur pukul 6.30 pagi,seperti kebiasaannya. Aku mandi dan solat Subuh sebelum bergerak ke sekolah bersama kak dan adik aku. Kami berjalan kaki ke sana yang terletak lebih kurang setengah kilometer. Kak aku seperti biasa akan merungut sikit kerana aku dan adik aku berjalan terlalu perlahan. Ye la, kami baru darjah 1, dia dah darjah 6. Mana ble nak catch up.

   Tiba di sekolah, macam budak-budak sekolah rendah masa tu, perhimpunan dan masuk kelas belajar. Rehat, sambung belajar, dan balik. Balik pulak, kadang jalan,kadang dengan Pak Cik Hussin, dan kadang Cikgu Zaharah Yahya (guru kelas aku ngan adik aku) bagi tumpang. Balik pulak, lepas makan tengahari yang mak aku buat pagi-pagi lagi, bukak tv,tengok cerita siam sat. Lepas tu, bukak buku, buat kerja sekolah. Kalau hari Rabu - Jumaat, pukul 3,dah kena siap nak ke kelas KAFA kat Surau Taman Senangan.

   Balik dari KAFA, selalu tunggu mak aku balik bawak makanan ka apa-apa ka. Masa tu pun, adik bongsu aku pun balik dari rumah penjaga dia, Pak Cik Hussin. Pastu tunggu pak aku pulak balik naik motor berkuasa tinggi. Time nak dekat maghrib, tengok ntv7 slalunya. Ada lagi rancangan menarik kat ntv7 masa tu. Malam pulak, tengok tv, lepak ngan family, buat kerja sekolah, tak pun, main ngan adik bongsu aku.

   Masa nak tidoq, sembang-sembang dengan adik kembaq aku. Kak aku selalu tidur awal so kami sembang pelan-pelan je la. Pastu bapak aku mai cerita macam-macam. Selalunya pasal kehidupan dia yang serba mencabar. Sekarang ni baru aku teringat bapak aku pun selalu cerita bedtime stories.

   Begitulah kehidupan aku suatu masa dahulu. Kenangan yang teringin sangat aku kembali dan kenangan yang takkan aku lupa. Mungin orang yang baca tak faham sebab ni pengalaman aku. So lepas baca ni, cuba ingat balik kenangan masing-masing suatu masa dulu ketika kita masih kecil. Adakah anda masih berhubung dengan mak bapak, family dan rakan-rakan lama anda.

"GET CONNECTED AND STAY CONNECTED"

Friday, April 29, 2011

Ini Ada Satu Kisah


   Tersebutlah kisah seorang pengembara, diberi nama Haris (bukan nama sebenar). Semenjak kecil, hatinya memang sukakan cabaran dan suka mencari pengalaman baru. Apabila umurnya mencecah 13 tahun, beliau berazam untuk merantau ke negeri orang.

   Hasratnya tercapai apabila mendapat surat daripada salah seorang pembesar dari negeri jiran. Ibu bapanya pada mulanya agak keberatan untuk melepaskannya merantau ke negeri orang. Namun, dengan semangat Haris yang membara, mereka membenarkannya. Dalam hati mereka berkata, "Nasib baik negeri jiran je. Kalau jauh, memang tak bagi dah!"

   Hari yang dijanjikan tela pun tiba. Pada purnama pertama, dia memulakan perjalanannya. Hati Haris agak kecewa kerana tempatnya hanyalah kurang daripada 2 marhalah. Namun, dia tetap bersyukur kerana baginya, "Better One Than None". Hatinya berdebar-debar menanti untuk tiba ke negeri tersebut. Dalam kepalanya ligat berputar berbagai-bagai soalan. Antaranya:
1. Adakah aku akan kembali ke tempat aku dengan selamat?
2. Adakah aku akan dipandang mulia ataupun dipandang hina?
3. Adakah aku akan kalah dalam perjuangan ini?
4. Adakah aku akan mendapat bini yang lawa?
**Soalan 4 tu tak betul pun. Saja nak pekena dia**

   Akhirnya, Haris tiba di negeri tersebut. Dia melihat begitu banyak pengembara-pengembara baru di situ. Khabarnya, negeri tersebut sedang membuat dasar buka pintu yang julung-julung kalinya diadakan. Lalu dia menemui seorang penduduk kampung tersebut. Namanya, Fakhrul (bukan nama sebenar). Dia kelihatan ramah sekali dan mengkhabarkan kepadaku apa yang perlu dilakukan sepanjang berada di kampung tersebut. Haris mendengar dengan teliti, takut-takut pula dia akan dihantar pulang ke kampung asalnya dengan muka malu.

   Setelah segala urusan hari pertama di kampung tersebut diselesaikan, Haris mengambil keputusan untuk berehat seketika di surau berdekatan. Sedang dia berehat, dia terserempak dengan Halim (sekali lagi bukan nama sebenar). Haris terdetik juga untuk menegur pengembara-pengembara lain. Adakah mereka juga berjiwa cabaran sepertinya, lalu menegur Halim.

   Alangkah terkejutnya dia bahawa Halim juga berasal daripada negeri Haris. Alangkah gembiranya dia apabila menjumpai rakan seperjuangan. Halim mengkhabarkan ada beberapa lagi pengembara yang berasal dari negeri mereka. Lalu setelah beberapa hari, Haris menjumpai Rahim (BNS @ Bukan Nama Sebenar) yang berasal dari negerinya jugak, ketika di salah satu majlis anjuran penduduk kampung tersebut. Di negeri jiran mereka yang serba mencabar tersebut, mereka sentiasa menyokong antara satu sama lain untuk meneruskan kehidupan di sana.

   Mereka jugak selalu beristirehat bersama-sama untuk melepaskan keletihan seharian bekerja di negeri tersebut. Akhirnya, Haris, Halim, dan Rahim menjadi sahabat baik dan mereka telah berjaya mengharungi hari-hari yang medatang di negeri tersebut. Mereka jugak tidaklah dipandang terlalu tinggi tetapi masih mendapat hormat daripada penduduk negeri tersebut.

   Akhirnya, tibalah masa untuk mereka meninggalkan negeri tersebut. Mereka berasa amat sedih kerana penduduk di negeri tersebut sudah seperti keluarga bagi mereka. Begitu jugak dengan penduduk negeri tersebut tetapi, Haris mengingatkan bahawa, "Setiap yang bertemu pasti akan berpisah jua." Mereka pun berpisah membawa haluan masing-masing, namun kenangan yang tercipta pasti di simpan dalam peti harta karun di dalam diri mereka.

Begitulah cerita aku berkenalan dengan dua orang kawan baik aku.
Anda bagaimana?

Tuesday, February 15, 2011

Happy Birthday!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Inilah post terbaru kat blog ni yg julung2 kalinya ada post baru.

Tajuk pun nampak ceria kan? Sebenarnya aku nak ucapkan Happy Birthday kepada orang2 yang berikut memandangkan birthday diorang dalam bulan 2 neh.

02 - Praba
12 - Khairol Azhar, Maleewan
13 - Amirul Zulkoflee
14 - Jazmi, Nazrin, Asyraf (Aboi), Sharqawi
15 - Amir Oman
18 - Ahmad Tarmizi
21 - Azhari (Tomomi)
22 - Hadri
23 - Abang Hassanei
25 - Kak Atikah
26 - Chubby
27 - Arif Azmi

Kepada yang tak tersenarai tu, sorry banyak2 ye. Tak terlintas pulak skarang neh.

Yang terawal ucap kat FB
Dan sebenarnya, Birthday aku sama ngan yang number 14 tu. Haha... Ramai gila gila gila gila yang ucap kat aku semalam. dekat FB saja 100++ orang (walaupun kawan 777org,haha), melalui SMS 26 orang, melalui call 10--, dan yang face to face ramai lar yang kat utp neh. Tak lupa jugak kepada perkhidamatan2 yang ucap macam, Celcom, Maxis, dan Causes.
 
Yang lewat & yang antar dinasour ada gak






Nah Amik Kek sebijik!


Apa2 pun nak ucap terima kasih banyak2 kepada semua. Thank you for being the best for me. Thanks Allah first of all for let me know them all.

Orang pertama yang ucap ialah, mesti la kembar sendiri.haha...tepat jam 12 kot.
Tapi Farhana ucap awal lagi, sebelum masuk 14 lg. Dan jugak Afiq Waldrof yang takut terlupa nak ucap.

Dah biasa dah orang kata, "Eh, birthday kau sama ngan Valentine lah!"
Tapi kat sini aku nak cakap yang VALENTINE'S DAY HARAM di sisi Islam. So,


No to Valentine's Day

Yes to Jazli's Birthday
=D

Hadiah daripada Farhana!


Hadiah terbaik tahun ni, gitar daripada kak aku! aku xtengok lagi sebab xbalik umah lagi tapi dah tengok gambar dia. Cun lar! dah lama aku mengidam nak ada gitar. Haha... Thanks a lot to Nor Farhana Azuwa! =) Love you! Jugak kepada family aku yang lain. Abah, Mama, Anim, Kemar, Eda, kembaq, ngan Affuwan. My family is my best gift from Allah! Alhamdulillah!
My sis and bro

Taun ni first time celebrate kat UTP. 3 years in different places in a row.
Birthday 2010

2009 - SMSSMJ
2010 - PLKN Balik Pulau
2011 - UTP
Ermm...2010 tu sambut kat rumah gak tapi masih bergelar pelatih time tu.

Kalau taun 2009, time tengah malam 14 tu, ada yang mai nyanyi lagu HB dengan gitar (Credit to Rafdzi, Walad, and the others). Pastu tengahari 14hb tu, ada sikit parti utk form kat dorm.
Taon 2011 pulak, tengah malam 14,hanya di depan laptop. Dalam 12.30 camtu baru la ada org mai spray ayaq kat muka (Syakir and Arif, jaga birthday korang nanti). Time dinner pulak makan KFC kat bilik Noor Arif.

Tapi macam bila rumah dah siap,pahat still berbunyi, time dinner tu, budak2 PSSCH dok asyik cakap pasal Abg Faiz diorang je. NI SAMBUTAN BIRTHDAY AKU LA BRO, BUKAN ABG FAIZ KORANG TUH! Hilang mood aku. Nasib baik la ada gak dak2 lain yg xjoin kat situ. Bukannya aku nak emo ke apa tapi mesti la terasa. Aku dok pikir nak buat dinner tu dari 12hb lagi. Last2 celebrate org lain. Tapi xpe lar. Thanks to those who attend to the dinner. Balik bilik terus main CS (haha,lepas geram).

Tahun ni gak, birthday aku dalam masihi sehari sebelum Keputeraan kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW. sesungguhnya, aku teramat rindu kepada Nabi Muhammad SAW walaupun aku tak pernah bertemu dengan baginda. Tapi yang aku kesal, aku xdapat nak ikut cara hidup Rasullulah sepenuhnya. Tapi, aku akan tetap berusaha untuk mengikutinya dalam dunia yang serba mencabar nih. InsyaAllah.

Rasanya, takat ni je la post untuk kali ni. Tunggukan kemunculan yang julung-julung kalinya post yag akan datang. =)
Lastly,

HAPPY BIRTHDAY!

Terima kasih kerana membaca.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...